Powered By Blogger

Saturday, November 19, 2011

Kunci Kereta Hilang

Kunci kereta tinggal satu. Satu lagi dah hilang sebab cuai sikit masa pergi Pekan Sehari hari Ahad. Dah beli semua keperluan dapur teringin pula nak beli ikan masin.  Singgah di situ dan letakkan semua beg plastik. Lupa akhirnya kunci yang kusangkutkan di jari entah ke mana perginya.  Masa nak balik dan ambik balik semua beg plastik, alih-alih kunci kereta tak ada di tangan. Itu lah...ingatkan kalau ada di jari senang sikit nak buka kereta. Cepat. Rupa2nya jadi lain.
Yang kes kedua ni pulak cuai juga.  Tak pernah-pernah dibuat buka but kereta dan tinggalkan kunci sementara mengeluarkan barang. Bila barang2 dah dibawa keluar terus sahaja 'menghempas' but kereta dan beredar.  Mujurlah ada orang bertanggungjawab serahkan kunci kereta tu pada kawan saja.  Kalau tidak...dengan kereta kereta mungkin hilang! Lindungiilah... Apapun terima kasih kepada Siva yang jumpa dan Laili yang menyimpankan kunci tu untuk saya. Alhamdulillah. senang hati.

Saturday, November 05, 2011

Malam 10 Zulhijjah 1432H

Sup Kepala Ikan Jenahak untuk makan tengah hari tadi memang membuka selera

Daging Masak Hitam di kuali

Nasi himpit Adabi sudah siap dimasak dalam bungkusan kecil sesuai dipotong empat sahaja

Ini kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk kasar
Nasi himpit dah siap masak. Cuma gunakan satu setengah kampit sahaja guna jenama Adabi. Wangi bau daun pandan. Kacang tanah dah siap ditumbuk kasar. Tak nak blend sebab nak kekalkan keaslian rasa kacang yang rangup. Lepas solat isyak nanti baru masak kuah kacang pulak. Mak dah ambil tugas masak rendang. Daging masak hitam tu dan nasi himpit dah jadi menu wajib setiap kali hari raya puasa dan hari raya haji.  Anak cucu berselera makan. Lemang dah siap dibeli pagi tadi lebih kurang pukul 11.30 pagi.  Biasanya kalau beli lemang pada makcik tu, dua tiga hari pun elok lagi. Kalau rajin dan mata tak mengantuk, boleh masak kek coklat sebiji.  Kek coklat kukus lebih sedap daripada kek coklat yang dibakar dalam oven.  Teksturnya halus, lembut dan lebih lembab.  Dah banyak kali juga buat kek kukus ni.  Kalau dah dihidang, ehmmmm cepat je habis.  Rasa-rasanya jarang ada kanak-kanak waima orang dewasa sekalipun tak suka kek coklat ni kalau rasanya enak.  Jadi, saya pun cuba pelbagai resipi kek coklat. Bukan sahaja resepi malah kaedah memasak pun kena bertukar-tukar juga, Itu kira ada R & D le tu.  Ehhhh....bukan perindustrian je ada r & d, lain-lain pekerjaan pun perlu ada R & D kalau nak maju!

Tapi ada yang tak sedapnya. Tengah seronok tengok siaran tv Salam Baitullah yang dihostkan oleh Dr. Ridzuan Tee Abdullah dengan Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, lagu rancak menggema pulak ntah dari mana. Baru teringat...rupa-rupanya Dataran Klah Homestay yang dihias indah itu untuk konsert . Mcm mana boleh jadi macam tu???   Gitu lah...kita hidup bermasyarakat bermacam budaya pulak. Masing2 menegakkan hak duduk di bumi Malaysia ini.

Ohhh dah pukul 11.00 malam. Kuah kacang sedang mendidih di dapur.  Sekejap lagi masak.

 


Thursday, November 03, 2011

Sasaran Kerja Tahunan 2011

Semasa berada di Jogjakarta
Mata dah mengantuk sangat.  Sekarang dah jam 11.20 malam. Waktu yang sepatutnya aku dah masuk tidur.  SKT baru je siap. Tak siap edit pun. Tak apalah...besok pagi ada masa lagi nak edit sebelum menghantarnya kepada Penolong Kanan.  Rasa-rasanya cukup dah maklumat tu cuma ada tarikh yang tak ingat sebab buku catatan tertinggal di sekolah.  Oh ya...ada ruangan tertinggal untuk diisi tarikh dan tandatangan pada satu borang SKT.  Hai....rasanya masa tu semua dah lengkap tapi tak juga...Cukuplah dulu...besok cerita yang lain pulak.

Tuesday, November 01, 2011

Majlis Graduasi MAPP Tingkatan 6

Majlis diadakan pada 1 November 2011 bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh. Dua buah bas ditempah khas untuk membawa pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas dan perwakilan pelajar tingkatan 6 Bawah.  Perjalanan pergi diringi hujan lebat sekejap-sekejap tetapi saat perjalanan pulang hujan lebat sepanjang perjalanan.

Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sungkai, Puan Hajah Rohani bt Abd Hamid yang belum pun setahun berkhidmat di sekolah ini.  Suasana meriah dan santai sahaja. Pentadbir yang hadir termasuklah saya, Puan Fatimah Mamat (GK Teknologi dan Vokasional) dan PK Tingkatan 6, Haji Nazeri Harun.  PK1, Encik Aziz dan PK Kokurikulum, En, Zuhairi menghadiri taklinat RO dan Ketua Pengawas SPM di Bukit Jana, Kamunting.

Makan apa tadi? Saya cuma makan bihun goreng, nugget, puding, kek coklat, rojak buah dan kopi. Entah...cepat sangat kenyang. Rugi, kan? Tak apa lah, bagi depa yang 2 buah bas tu makan.  Stop dulu dah jam 11.00 malam. Berita di radio kedenganran. Jumpa lagi. Mata aimasho ne.


Baru je sampai ni...bersama Puan Fatimah Mamat dan Pn. Hjh Rohani Abd Hamid (Pengetua)

Bersama-sama dengan Puan Fatumah Mamat (GKVokasional dan Teknologi)

Suka tengok!

Juru acara:  Mohd Razif dan Azmira

Sebahagian pelajar tingkatan 6 Bawah

Pengetua sedang menyampaikan ucapan perasmian majlis

PK Tingkatan 6, Haji Nazeri Harun

Thursday, October 27, 2011

Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme

Hari kedua seminar sebelum slot ceramah bermula.  Dari kiri: Suria, Norazlina, Noreha dan Fatimah.

Tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama Setiasuaha Politik Perdana Menteri, Dato' Haji Sahlan bin Ismail pada hari terakhir seminar.
Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme 1Malaysia telah diadakan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, Selangor Darul Ehsan selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Oktober 2011. Seramai kira-kira 200  peserta menghadiri seminar tersebut. Mereka terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan dan Kaunselor sekolah dari daerah Batang Padang, Hilir Perak dan Kinta Selatan.
Penceramah utama ialah Dato' Hj, Sahlan Ismail, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.  Dato' Haji Sahlan dalam ceramahnya lebih berfokus kepada penjelasan kosep 1Malaysia.  Panjang lebar ceramahnya yang bersambung-sambung selama tiga hari. Sesi sebelah malam pada hari pertama dan kedua berlarutan sehingga hampir jam 12 malam. Tapi saya yang mendengarnya tidak mengantuk kerana beliau membawa pendekatan yang strategik dan menarik.  Ooohhhh... bukan mudah nak menarik perhatian 200 peserta untuk mendengar ceramah kalau ilmu, kebijaksanaan tak penuh di dada! Namun, Dato' Hj. Sahlan memiliki semua itu. Cakap Melayu, Jawa, Indonesia, Sarawak, Sabah oooohhh boleh belaka. Kena pulak la dialeknya. Hebatlah Dato'!  Cakap bukan sebarang cakap.  Setiap pernyataan ada dalil yang menyokong. Tak boleh cakap bagi kenyataan sembarangan. 

Selama tiga hari di INFRA, saya berpuas hati dengan layanan pihak penganjur termasuk makan dan penginapan. Tiga hari jadual seminar agak padat. Solat berjemaah di surau serta kuliah maghrib dan subuh bukan sekadar mengimarahkan surau tapi mempertaut ikatan persaudaraan Islam dan perpaduan ummah. Hati akan bersatu bila ada nur dan roh Islam di hati setiap insan Muslim. Sesekali beriadah dalam kumpulan yang besar memang menyeronokkan. Tontonlah video ini. Video ini menceritakan segala-galanya walaupun tidak 100 peratus aktiviti seminar terakam di sini.

Mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008), Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin

Kunci kejayaan ialah 'wisdom' (kebijaksanaan), jiwa yang besar dan 'sharpen the saw'
Dua penceramah yang lain ialah Dato' Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008).  Dato' Salleh menceritakan perkembangan semasa tentang indeks jenayah di Malaysia dan segala yang berkaitan dengan isu keselamatan negara di bawah bidang kuasanya.  Tan Sri Aziz dalam bicara yang lembut sopan membawa peserta merenung kemelut dan perjuangan Melayu dari dahulu hingga sekarang dan bagi beliau 'ilmu dan kebijaksanaan' kunci utama untuk membawa negara ini ke era kemajuan.  Tugas ini terpikul di bahu pentadbir sekolah juga!

Saturday, October 22, 2011

Ketahui teknologi nano

Teknologi nano juga dikenali dalam ringkasan sebagai nanotek) merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air. Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
  • satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
  • dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
  • tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.
 Sejarah teknologi nano

Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.
Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959.
Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."
Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.
Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.
Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh.
Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam 'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain, sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam kemajuan kepada matlamat nanoteknologi.
Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki "Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak."
Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
  • risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
  • risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
  • risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Kegunaan teknologi nano
Nanoteknologi memberikan banyak penggunaan dan manfaat kepada manusia melalui perubatan, komunikasi, pembuatan dan semua aspek kehidupan masyarakat moden. Cuba anda bayangkan suatu hari nanti semua maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia mampu disimpan dalam komputer sebesar jam tangan, baju yang terkoyak bercantum sendiri dan cat rumah yang berubah warna pada masa tertentu. Alat mikroskop yang sangat kecil boleh melalui sistem darah manusia bagi mengesan punca penyakit dan melaksanakan pemulihan awal dan mampu mengesan pencemaran persekitaran dan makanan pada tahap yang lebih baik. Bahan dengan sifat luar biasa yang sangat ringan dan lebih kuat daripada keluli pula boleh digunakan untuk membuat kereta, kapal angkasa, bangunan dan ciptaan lain yang lebih baik. Sama ada kita sedar atau tidak, semua benda yang wujud di keliling kita semakin hari semakin kecil, ringan dan sukar dilihat.

Sumber:
http://www.majalahsains.com/2009/11/nanoteknologi-ilmu-yang-mengubah-kualiti-kehidupan-manusia/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nanoteknologi








  

    Individu yang tidak sesuai derma darah

    Individu yang tidak sesuai menderma darah:
    • menjalin hubungan seks rambang dengan bertukar-tukar pasangan.
    • melanggan pekerja seks (pelacur)
    • menjalin hubungan sejenis (homoseksual)
    • menjalin hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    • menyalahkan dadah secara suntikan
    • mereka yang disahkan dijangkiti hepatitis B atau C, penyakit kelamin, AIDS (HIV positif) dan penyakit sebaran darah lain
    • mereka yang mempunyai hubungan seks dengan mana-mana kumpulan di atas
    • mereka yang menghidap penyakit seperti talasemia, hemofilia, tekanan darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung.
           Sumber:  Laman web rasmi Pusat Darah Negara