Kunci kereta tinggal satu. Satu lagi dah hilang sebab cuai sikit masa pergi Pekan Sehari hari Ahad. Dah beli semua keperluan dapur teringin pula nak beli ikan masin. Singgah di situ dan letakkan semua beg plastik. Lupa akhirnya kunci yang kusangkutkan di jari entah ke mana perginya. Masa nak balik dan ambik balik semua beg plastik, alih-alih kunci kereta tak ada di tangan. Itu lah...ingatkan kalau ada di jari senang sikit nak buka kereta. Cepat. Rupa2nya jadi lain.
Yang kes kedua ni pulak cuai juga. Tak pernah-pernah dibuat buka but kereta dan tinggalkan kunci sementara mengeluarkan barang. Bila barang2 dah dibawa keluar terus sahaja 'menghempas' but kereta dan beredar. Mujurlah ada orang bertanggungjawab serahkan kunci kereta tu pada kawan saja. Kalau tidak...dengan kereta kereta mungkin hilang! Lindungiilah... Apapun terima kasih kepada Siva yang jumpa dan Laili yang menyimpankan kunci tu untuk saya. Alhamdulillah. senang hati.
No comments:
Post a Comment