Powered By Blogger

Sunday, September 25, 2011

Bihun Sup Mama

Tengah hari tadi semasa dalam perjalanan balik dr sekolah, ada sms masuk. Huda yang hantar rupa2nya. Isssyyyy pandai dan rajin pulak hantar sms. Tengok nama pengirim...Kak Uda tapi yg 'compose' mesej ..Huda. Oooohhh...mengajak ke rumah "makan bihun sup, mama buat," katanya.  Haaa...bihun sup memang makcho suka la. Masa tu memang dah sampai ke SR, tapi oleh kerana Opah tidak bersama2 makcho, maka perjalanan ke rumah Huda di Kg Kelan terpaksa ditangguhkan.

Kata abang pulak, rumah terbuka kecil2an hanya untuk jiran2 dekat rumah sebab sejak hari raya, itulah harinya yg dia sekeluarga betul2 ada duduk di rumah. Hari2 sebelumnya menziarahi sanak-saudara di kampung. Dah kebetulan buat rumah terbuka, makcho balik dulu buat kek coklat sebiji untuk Huda enam beradik.  Tapi kejap je dah licin. Maklum le kek coklat kukus 'fresh' lagi siapa tak suka, kan? Tukang buat kek pun tumpang sama makan.  Opah tak jadi ikut ke rumah Huda sbb kaki opah sakit. Maka makcho pergi sorang le ke rumah Huda.  Malamnya selepas solat maghrib, makcho terpaksa pinjam Huda and Lutfi buat teman balik. Bukan takut tapi sebenarnya nak bawa depa balik untuk suka2 musim cuti. Biar rumah bising sikit. Kalau tak, hanya ada suara atuk, opah n makcho aje.  Hajar tak boleh ikut sebab takut nangis malam2. Makcho nak hantar malam2 balik ke SR,...tak sanggup ler. Hajar anak abah...intan abah!  Nanti bila2 cuti, kita jalan2, OK?

No comments:

Post a Comment