Karangan A
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada jenayah harta benda serta faktor yang mendorong perlakuan tersebut. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong seseorang itu melakukan jenayah harta benda. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pendahuluan:
Jenayah merupakan perbuatan melanggar undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa – jenayah harta benda melibatkan aktiviti mencuri dan pecah rumah, curi kenderaan serta ragut – seseorang itu melakukan jenayah harta benda disebabkan oleh beberapa faktor.
Cadangan isi:
1. Berlaku akibat kesempitan hidup – kemiskinan yang dihadapi oleh seseorang mendorongnya melakukan kegiatan jenayah sebagai jalan yang mudah untuk mendapatkan wang.
2. Sikap orang ramai yang cuai, leka dan tidak berhati-hati – tidak mengunci rumah dan kenderaan dengan baik, meninggalkan rumah dan kenderaan dalam jangka masa yang panjang dan memakai barang kemas dengan ketara.
3. Kurang didikan agama – mereka mudah terpengaruh oleh pujukan rakan-rakan – mengaburi mata dengan wang dan kemewahan yang bakal dikecap hasil daripada perbuatan jenayah.
Penutup
Segala usaha pihak polis dalam membanteras jenayah harta benda tidak akan berkesan jika tidak mendapat kerjasama daripada masyarakat – faktor-faktor yang mendorong seseorang melakukan jenayah tersebut perlu dihapuskan agar kadar jenayah harta benda dapat dikurangkan.
Peringatan kepada calon:
Calon perlu memahami maksud jenayah harta benda dan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan jenayah harta benda.
No comments:
Post a Comment