Hari ini saya, emak, Udin, Ila dan Nazra ke rumah Yang lagi di Sri Petaling. Nak tengok Yang sebenarnya, apa khabarnya? Harap2 dah semakin sihat. Ayah tak nak ikut pulak. Kalau tidak boleh pergi dua kereta. Bimbang juga tinggalkan dia sorang-sorang di rumah. Mujurlah cucunya, Asyraf yang sorang ni sudi temankan atuknya. Lagipun tengah cuti semestar. Atuknya pun suka cucunya ni. Boleh tahan seloroh. Ahai...ada 'chemistry' dema berdua tu.
Malam ni Yang bawa makan di D'Santai Station dekat stesen LRT. Malam ni tak nak makan nasi. Kami bertiga makan beef steak, Syafiq n Anip makan chicken chop. Mak Intan makan mushroom soup and garlic bread. Hai....semua nak jadi mat saleh, ya!
Nak cerita sikit pasal bandar Sri Petaling ni. Masa mula2 datang rumah Yang ni tak sibuk sangat tapi beberapa tahun selepas itu permbinaan semakin rancak. Belakang rumah Yang ni ada 'fly over'. Siapa badannya tak 'mesra alam' susah le nak tidur sebab kereta memang bertali arus 24 jam apatah lagi pada waktu puncak. Sri Petaling (dahulunya Bandar Baru Seri Petaling), ialah sebuah kawasan pinggir bandar yang terletak berhampiran Taman Gembira, Kuchai Lama dan Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Mengikut sejarahnya, kawasan yang sebelum ini merupakan dusun pokok getah dibangunkan pada tahun 1981. Pada 1980-an dan awal 1990-an tempat ini digeruni kerana adanya tanah pelupusan sampah yang luas, tetapi kini tiada lagi kerana memberi laluan kepada tempat bermain dan tempat letak kereta. ( Jangan marah, saya ni cikgu Sejarah sebab tu suka fakta - tahun, tarikh, tokoh dan peristiwa! )
Bilangan penduduk Sri Petaling pada awalnya tidak ramai kerana jauh terpencil dari ibu kota, tetapi mula bercambah pada akhir 1980-an apabila dibuka dua laluan baru ke Salak Selatan dan Taman Gembira, ditambah lagi dengan pembangunan pesat yang berlaku di sana sepanjang 1990-an. Pada tahun 1997, Lebuh Raya Shah Alam dibuka untuk memudahkan perjalanan ke Subang Jaya dalam masa 10 minit, maka semakin ramailah penduduk Sri Petaling. Kalau nak ke pusat bandar Kuala Lumpur, senang juga, boleh naik LRT. Pergi je ke Stesen LRT Sri Petaling.
Nak shopping atau bersantai pada hujung minggu? Pergi aje ke Carrefour di Endah Parade, kompleks beli-belah terbesar di Sri Petaling. Hotel pun ada di sini iaitu Hotel Sri Petaling. Ada juga Masjid Jamek terletak berhampiran SMK Bandar Baru Seri Petaling, Biasanya di sinilah tempat berkumpul jemaah tabligh dari seluruh dunia. Jemaah tabligh ni ada beberapa markas di seluruh Malaysia Penduduk kat sini boleh pilih sekolah mana mereka nak hantarkan anak2 mereka. Sekolah rendah boleh hantar ke SK Bandar Baru Sri Petaling 1 atau SK Bandar Baru Sri Petaling 2. Sekolah menengah pula pilihannya seperti SMK Bandar Baru Seri Petaling and SMK Seri Saujana.
Ucu Din, Syafiq and Ucu Nazra
|
Ucu Din and Syafiq |
|
Aiit...naper Ucu Din mukanya sekerat jer? |
|
Dah kenyang ke ngantuk? |
|
Sapadu rombeh nalla irruku |
|
Tengah tengok kapal terobang! |
|
Best ler nescaffe kat sini. |
|
Tunggu nak balik aje |
|
Jalan raya waktu malam di Sri Petaling |
That's all for today. See u real soon. Good night.
Bila kita nak makan2 best lagi yep??
ReplyDeleteJom le. Best tu.
ReplyDelete