10 WAYS TO LOVE
Thursday, August 28, 2014
10 WAYS TO LOVE
Labels:
I'm only me,
ways to love
Thursday, June 05, 2014
CINTA NAN MERAH
Kanashii kimochi
Biarkan hati berbicara. Hati tidak selalu riang. Tapi, tidak juga selalu duka. Saat hati berdendang, yang lain sama gembira. Saat hati lara, air mata tertumpah jua. Pada yang mengerti, hati dapat menyelami kala resah sendu dan saat tawa ria. Ada saatnya hati menjadi rapuh meski kekuatan telah sekian lama dibina.

cinta,
I LOVE YOU,
merah,
puisi
Monday, March 31, 2014
PASSPORT PALSU, KOTAK HITAM DAN TEKNOLOGI SATELIT
31
Mac 2014 / 29 Jamadil Awal 1435
Isu yang sangat memberi kesan di hati ramai orang ketika ini ialah misteri kehilangan MH370 iaitu pesawat canggih dua enjin jenis Boeing 777-200ER milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi. Hari ini hari ke-24 misteri kehilangan pesawat itu disiarkan di media massa namun masih belum menemukan jawapan sejak kehilangannya pada 8 Mac lepas.

Berita terbaru, Agensi Pusat Koordinasi Bersama
(JACC) akan ditubuhkan untuk menyelaras operasi di antara semua pasukan
pencarian antarabangsa dan agensi kerajaan Australia. JACC
berpusat di Pangkalan Tentera Udara Pearce di Perth. Dalam pencarian tersebut,
sembilan pesawat tentera Malaysia C-130, Cina Ilyushin IL-76, Jepun Coast Guard
G5, Australia P3 Orion, New Zealand P3 Orion, Amerika Syarikat P8 Poseido, Jepun
P3 Orion, Korea P3 Orion dan satu pesawat awam dari New Zealand akan diterbangkan
ke kawasan carian malah 11 kapal laut milik China dan tiga milik Australia turut
dikerahkan ke kawasan carian. Kapal KD Lekiu milik Malaysia dijangka akan tiba
di kawasan carian pada 3 April. Pihak berkuasa Australia memaklumkan kawasan
pencarian hingga hari ini sudah seluas 254, 000 kilometer persegi.
Kehilangan pesawat MH370 memang sangat misteri. Pencarian pesawat MH370 yang hilang oleh pakar aviasi memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan ratus juta dolar memandangkan insiden ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenyataan ini dibuat oleh seorang saintis bertaraf dunia, David Mearns menerusi temuramahnya dengan China Central Television (CCTV) pada Sabtu lepas.
Kita menghargai kerjasama antarabangsa dalam menyelesaikan isu ini. Kita turut merasai kepiluan yang menyelubungi keluarga mangsa tragedi namun sebagai orang yang beriman kita harus menerima takdir kerana kecanggihan teknologi tidak dapat menandingi kudrat dan iradat Allah SWT. Setiap kejadian yang berlaku sudah tertulis sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “ Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata. (Surah An-Naml 27:75) Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid telah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Monday, March 24, 2014
REBUT LIMA SEBELUM LIMA
24
Mac 2014 / 22 Jamadil Awal 1435
Peringatan
untuk diri:
Hari
ini kita kehidupan kita penuh cabaran. Kita dikelilingi seribu satu macam kecantikan
dan keindahan dunia sehingga kita terlupa untuk memikirkan banyak bekalan untuk
dibawa mati. Kita terpesona lalu alpa dengan amanah yang sepatutnya kita
tunaikan terhadap Pencipta yang memberi kita limpahan rezeki dan umur panjang.
Panggilan Tuhan yang sering lambat disahut tetapi lebih bersegera untuk
menjawab mesej yang ada di peti masuk. Tuhan ... ampuni kami kerana
kelalaian kami.
Sama-sama kita persoalkan bagaimana keadaan kita pada
hari ini? Apakah hati kita sudah
sama seperti Ta’labah atau selama ini dibuai kenikamatan dunia? Sama-samalah kita insafi betapa banyaknya masa yang kita telah bazirkan dengan hiburan dunia, betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk menggapai keredhaan Allah.

Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba
pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya
ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya dari mana
diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis
riwayat at-Tirmizi)
Labels:
antelas jingga,
hadis,
hidup,
kata,
lapang,
lima perkara,
muda,
rebutlah lima sebelum lima,
sebelum lima perkara,
sihat
Saturday, March 22, 2014
INTEGRITI ITU SOAL HATI
22 Mac 2014 / 20 Jamadil Awal 1435
TROLAK, 22 Mac - Warga pendidik disaran agar mengamalkan nilai integriti dalam diri di samping menjadikannnya budaya kerja dalam organisasi. Enam nilai teras integriti yang sepatutnya menjadi amalan individu ialah sifat benar, amanah, telus, bijaksana, bersyukur dan adil sementara setiap organisasi harus membudayakan amalan berdisiplin, mesra, bekerjasama, taat setia, komitmen, ikhlas / jujur, bertoleransi dan bertanggungjawab sebagai nilai teras integriti organisasi masing-masing seperti yang terkandung dalam Pelan Integriti Nasional.
Menurut Rakan Peningkatan Sekolah ( SIP), Haji Mohd Kamil bin Abdul Rahman dalam pembentangan kertas kerja beliau bertajuk ‘Pelan Integriti Nasional dan Pembudayaan Integriti dalam Pendidikan’, warga pendidik mempunyai peranan besar untuk mendukung tanggungjawab dan membina modal insan. Sewajarnya setiap warga pendidik mengamalkan sikap baik di samping mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Nilai, etika dan integriti sangat penting sebagai amalan individu, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam seminar berkenaan, beliau turut menggariskan lima tekad Pelan Integriti Nasional (PIN) sebagai mekanisme menjayakan agenda membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh.
Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Batang anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi zon selatan telah diadakan di Maktab Rendah Sains Mara, Trolak. Seminar ini bertujuan meningkatkan nilai integriti dalam kalangan guru-guru di samping memberi maklumat ke arah memantapkan nilai integriti kepada warga pendidik. Penganjuran seminar ini juga adalah untuk memastikan warga pendidik daerah Batang Padang sentiasa menjadikan nilai integriti sebagai panduan pengurusan kerja.
Menurut Rakan Peningkatan Sekolah, Haji Mohd Kamil bin Abdul Rahman dalam pembentangan kertas kerja beliau bertajuk ‘Pelan Integriti Nasional dan Pembudayaan Integriti dalam Pendidikan’, warga pendidik mempunyai peranan besar untuk mendukung tanggungjawab dan membina modal insan. Sewajarnya setiap warga pendidik mengamalkan sikap baik di samping mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Nilai, etika dan integriti sangat penting sebagai amalan individu, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam seminar berkenaan, beliau turut menggariskan lima tekad Pelan Integriti Nasional (PIN) sebagai mekanisme menjayakan agenda membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh.

![]() |
| Bergambar bersama Rakan Peningkatan Sekolah (SIP) Tn. Hj. Mohd Kamil b. Abdul Rahman pembentang kertas kerja Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Batang Padang 2014 |
Menurut Rakan Peningkatan Sekolah, Haji Mohd Kamil bin Abdul Rahman dalam pembentangan kertas kerja beliau bertajuk ‘Pelan Integriti Nasional dan Pembudayaan Integriti dalam Pendidikan’, warga pendidik mempunyai peranan besar untuk mendukung tanggungjawab dan membina modal insan. Sewajarnya setiap warga pendidik mengamalkan sikap baik di samping mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Nilai, etika dan integriti sangat penting sebagai amalan individu, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam seminar berkenaan, beliau turut menggariskan lima tekad Pelan Integriti Nasional (PIN) sebagai mekanisme menjayakan agenda membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh.
Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Batang anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi zon selatan telah diadakan di Maktab Rendah Sains Mara, Trolak. Seminar ini bertujuan meningkatkan nilai integriti dalam kalangan guru-guru di samping memberi maklumat ke arah memantapkan nilai integriti kepada warga pendidik. Penganjuran seminar ini juga adalah untuk memastikan warga pendidik daerah Batang Padang sentiasa menjadikan nilai integriti sebagai panduan pengurusan kerja.
Saturday, March 15, 2014
MISTERI HUJUNG JARI
15 Mac 2014/ 13 Jamadil Awal 1435
Mengesan Penyakit Melalui Cap Jari
CAP JARI manusia terbentuk daripada lembah dan sisir yang silih berganti pada permukaan jari tangan. Ia terbentuk pada awal pembentukan embrio iaitu pada minggu kesembilan belas kehamilan. Sebahagian besar organ tubuh contohnya pankreas juga terbentuk pada masa itu.
Menurut Henry Kahn dari pusat pengendalian dan pencegahan penyakit di Atlanta, dengan hanya melihat jari kelingking dan ibu jari seseorang boleh diketahui keadaan oragan bayi dalam kandungan, contohnya tahap pertumbuhan pankreas malah boleh juga diketahui sama ada bayi itu menghidap penyakit diabetis ataupun tidak selepas dilahirkan nanti.
Di pusat kajian cap jari, menghitung jumlah sisir adalah cara bagi mendapatkan informasi kuantitatif. Pusaran yang besar pada hujung jari biasanya memiliki jumlah sisir yang lebih tinggi. Hasil penelitian Kahn kepada 569 cap jari rakyat Belanda menunjukkan purata perbezaan bilangan sisir antara jari kelingking dan ibu jari orang normal adalah 6.4 sedangkan purata perbezaan bagi pesakit diabetis adalah lebih tinggi iaitu 8.3.
![]() |
| Gambar rajah saraf jari dan tapak tangan |
Seorang pakar psikologi berbangsa Inggeris, John Manning mengatakan bahawa informasi pada cap jari terlalu padat. Oleh itu, masih sukar diketahui faktor yang menentukannya. Namun, dia beranggapan beberapa faktor informasi dan juga hormon memberikan kesan kepada pembentukan cap jari.
Misteri Hujung Jari
Mengapa Allah swt menyebut jari-jemari sebagai contoh kekuasaanNya? Demikian Firman Allah swt dalam Surah al-Qiyamah [75]: 3 - 4 yang bermaksud, "Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih balus dari yang lain)". Mengapa Dia tidak menyebut anggota tubuh lain? Wallahu a'lam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Pasti ada hikmah di sebalik penyebutan jari-jemari tangan. Jari-jemari manusia adalah antara anggota badan yang paling sukar dibina. Susunannya unik dan rumit. Atas sebab itu tidak hairan Allah bercakap berkenaan jari-jemari manusia. Dia mahu menegaskan kepada orang kafir, bukan setakat menghidupkan orang mati, membina bahagian tubuh paling rumit juga mudah bagiNya. Tiada yang mustahil bagi Zat Yang Maha Berkuasa.
Cap jari manusia sangat unik. Tiada cap jari yang sama. Itulah sebabnya cap jari dijadikan bahan bukti bagi menentukan identiti penjenayah dan manusia yang hilang.
Cap jari manusia terbentuk semasa proses pembentukan kulit. Bahagian kulit yang menjadi cap jari memiliki gen pengatur khas yang hingga kini masih menjadi tanda tanya mengapa cap jari memaparkan corak berupa garis-garis yang berbeza-beza? Besar kemungkinan walaupun kajiannya belum sahih, gen cap jari adalah gen yang khusus tetapi gen yang menentukan cap jari hingga sekarang belum diketahui. Namun, ia tidak lebih daripada satu gen disebabkan perbandingan daripada beberapa gen yang menimbulkan variasi. Misalnya, ada dua gen menghasilkan dua garis lurus tetapi ada melibatkan lebih daripada dua gen sehingga menghasilkan dua garis lurus dan ada bengkoknya. Variasi terjadi disebabkan wujudnya interaksi antara gen. Wallahua'lam.
Pemetaan atau pencetakan cap jari DNA forensik digunakan buat pertama kalinya di British pada tahun 1986. Mangsa pertama ialah Colin Pitchfork yang didakwa memperkosa dan membunuh dua orang gadis belasan tahun. Selepas berjaya dalam kes ini, kaedah pemetaan cap jari DNA digunakan di seluruh dunia bagi menyokong pembuktian pelbagai kes jenyah dengan bahan bukti DNA. Mengapa menggunakan cap jari DNA? Sebenarnya, struktur kimia DNA setiap orang memiliki persamaan. Yang berbeza hanyalah turutan ataupun susunan dari pasangan bes yang membentuk DNA itu.
Ada jutaan pasangan bes terkandung dalam DNA setiap manusia. Berdasarkan perbezaan urutan ataupun susunan bes-bes dalam DNA, identiti setiap manusia dapat dikenalpasti. Namun demikian, disebabkan ada jutaan pasangan bes, kerja itu memerlukan tempoh masa yang panjang. Sebagai alternatif, para pakar menggunakan kaedah yang lebih pantas iaitu berdasarkan corak pengulangan turutan di dalam DNA setiap manusia. Bagaimanapun, corak ini tidak dapat memberikan cap jari secara individu sebaliknya lebih kepada proses penentuan sama ada dua sampel DNA yang dianalisis berasal daripada orang yang sama ataupun orang yang ada hubungan kekeluargaan. Para pakar menggunakan sejumlah kecil deretan DNA yang diketahui bervariasi antara individu lalu menganalisisnya bagi memperoleh tahap kesesuaian tertentu.
Rujukan:
Mohd Sodikin Rahman (2013). Misteri Keajaiban Dunia. Johor Bahru: Pustaka Azhar
http://en.wikipedia.org/wiki/Nucleotide
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nukleotida
Labels:
bilangan sisir,
Cap jari,
diabetis,
DNA,
hujung jari,
misteri,
penyakit,
Surah al-Qiyamah
Tuesday, March 11, 2014
Anak Permata Hati
11 Mac 2014 / 9 Jamadil Awal 1435
Semua pasangan yang sudah berkahwin tentu ingin menimang cahaya
mata. Rumah sunyi tanpa hilai tawa dan tangis anak kecil.
Perkahwinan dikatakan sempurna jika ada anak-anak yang menjadi penyeri
rumahtangga yang dibina. Pada hari perkahwinan, ucap selamat juga tak
pernah tinggal dengan mendoakan agar pasangan memperoleh jodoh yang berkekalan ke
akhir hayat dan cepat menimang cahaya mata.
ANAK anugerah dan nikmat terbesar daripada Allah SWT kepada
hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu bapa ini akan menjadi saham dan
membawa keuntungan berlipat ganda jika mereka dididik dan dibentuk dengan baik
serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka diabaikan tidak mustahil akan
menjadi anak yang terbiar dan pada masa depan menjadi sampah kepada masyarakat
serta negara. Justeru, memiliki anak yang salih serta baik budi pekerti menjadi
impian setiap ibu bapa dan keluarga. Contohnya, kisah Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia tetapi
belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria
memohon dengan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria
berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari
sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar
(menerima) doa permohonan.” (Surah Ali-Imran, ayat 38). Anak kita sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat
sehelai kain putih yang suci lagi bersih daripada sebarang kekotoran zahir
ataupun batin. Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan mereka
menjadi insan berjaya ataupun tidak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila mati seseorang
anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah
jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Menurut Islam memberi pendidikan kepada anak hendaklah
dimulakan sejak awal lagi kerana pada usia sebegini segala nilai yang
ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka. Ibnu Sina berpesan, katanya: “Ketika anak telah mendapat
asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai
yang buruk.”
Rasulullah SAW menggariskan empat tahap pendidikan kepada
anak iaitu anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita
banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Tahap Kedua, anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14
tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi
tanggungjawab. Tahap ketiga (15 hingga 21 tahun) hendaklah dididik dengan cara
berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak
bertentangan syariat. Tahap keempat (usia lebih 21 tahun), hendaklah ibu bapa
memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan syariat. Ibu bapa
hanya perlu bertindak sebagai penasihat supaya segala tindakan mereka terkawal.
Ibnu Khaldun membahagikan tujuan pendidikan kepada anak
dalam tiga bentuk iaitu mempersiapkan anak dari segi keagamaan, akhlak dan
pemikiran. Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan
beranggapan kita sudah menunaikan kewajipan dan hak anak apabila mereka
dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan mereka
hidup tetapi memastikan mereka mempunyai prinsip teguh dan jati diri yang kuat. Oleh itu, pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia
penting untuk membantu mereka berdepan cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip
ini ditakuti anak kita mudah terpengaruh pelbagai pemikiran hingga sanggup
menggadai prinsip kehidupan mereka.
Memelihara anggota keluarga daripada ancaman neraka tidak
bererti mencegah mereka daripada maksiat. Kita juga mesti bersikap aktif
mendidik dan menerapkan nilai murni dalam diri mereka sebagai kubu yang dapat
menepis serta menapis pengaruh sekitar yang penuh mencabar.
Pada musim cuti sekolah, ibu bapa hendaklah mengambil
peluang ini mengatur program bermanfaat buat anak seperti menghadiri kem ibadah
serta motivasi yang dianjurkan pelbagai pihak. Rancanglah sesuatu supaya cuti
sekolah dimanfaatkan sebaiknya. Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti
tanpa sebarang pemantauan atau panduan kerana mutiara hati ini sebahagian
daripada amanah Allah SWT yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)