Powered By Blogger

Monday, March 05, 2012

Pemantauan Bersepadu JPN & PPD

Hari ini saya sebenarnya sampai awal di sekolah macam biasa. Sebelum jam 7.00 pagi dah sampai. Dalam samar-samar cahaya lampu, saya nampak Puan Thayabari lagi awal sampai daripada saya. Maklumlah, hari ni pemantau dari JPN dan PPD akan datang ke sekolah. Mereka nak pantau apa? Tak tahulah .. yang penting kerja dah dibereskan. Sistem fail mesti OK.  Berbalik cerita tadi, sampai je di sekolah, pintu pejabat Blok A tempat 'thumbprint'  belum dibuka. Cikgu dan pekerja dah ramai sampai.  Rupa-rupanya jaga dah terbawa balik kunci. Ehmmmm mujur tak lama selepas itu Pak Misai pun sampai tolong buka pintu dengan kunci yang ada padanya. Saya pun bergegas masuk cepat2 meletakkan ibu jari kiri ke 'thumbprint' tu. Selepas itu sign buku kehadiran guru.

Hari ni perhimpunan pagi sekejap sahaja kerana hari ni bermulanya Ujian Rasmi 1. Sepatutnya bermula besok. Kira-kira jam 7.45 pagi, pemantau En. Zaini dari JPN Perak dan En Saparuddin dari PPD Batang Padang pun sampai. Mereka dibawa ke asrama dulu untuk bersarapan pagi. Selepas sarapan mereka naik ke pejabat diiringi PK Pentadbiran, En. Mohd Abdul Aziz. Perbualan tak lama. Mereka kemudiannya bergerak ke Bilik Gerakan untuk memantau. Semua fail pengurusan sekolah, kurikulum, panitia, hal ehwal murid, kokurikulum dan segala yang berkaitan telah diletakkan di Bilik Gerakan untuk memudahkan mereka mendapatkan maklumat yang dperkukan.

Kira-kira jam 9.05 pagi saya dipanggil oleh En. Jaafar untuk masuk ke Bilik Gerakan. Saya dan En. Aziz memberi kerjasama atas semua maklumat yang diperlukan terutamanya berkaitan fokus pemantauan iaitu PMR dan Headcount. Saya membuat catatan bagi semua komen dan cadangan pemantau tersebut untuk dibincangkan bersama pentadbir dan guru selepas ini.  Tapi saya, saya tak dapat lama berada di Bilik Gerakan, Pada pukul 10.15 pagi, saya minta diri untuk beredar dari Bilik Gerakan untuk bersedia masuk ke kelas 3 Damai bagi mengawasi perjalanan ujian di situ sehingga jam 11.50 pagi.

Masuk ke bilik Guru Kanan semula, Laili dan Fatimah tak sabar nak tahu apa yang saya dapat daripada pemantau tadi. Berceritalah saya kepada mereka.  Kepala kami bertiga kembali berputar untuk  buat perancangan yang  lebih strategik. Ahli korum tak cukup sebab Puan Norazlina berada di Kedah. Tak apa, besok kita akan bercerita.  Apa pun yang berlaku pada pagi tadi, sesungguhnya ada kebaikan yang saya dapat.  Pemantauan perlu paling tidak dua kali setahun oleh pemantau luar untuk memastikan perngurusan sekolah mempunyai sistem. Pengurusan pentadbiran mesti bersistem dan semua itu terletak atas kesepaduan tindakan pentadbir dengan kerjasama semua guru dan warga sekolah.  Kalau tak ada sistem  atau kalau warga sekolah tak mahu bekerja secara bersistem ... akhirnya kita sendiri yang susah. Siapa nak tolong???  Jangan melawan arus!

1 comment: