Powered By Blogger

Sunday, November 21, 2010

Raya Sarah & Sofia 2010

Gaya Sarah yang comel.  Aisyah, Huda dan Sofia tiga bersaudara sepupu dengan macam-macam ragamnya. Sarah dah pandai cakap, suka senyum, dah pandai bergaya depan kamera pulak tu ...


Sunday, October 10, 2010

Zapin Pekajang



Zapin merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.  Zapin Pekajang antara persembahan tarian tradisional yang amat memikat.  Persembahan yang memang memukau.  Rentak tari yang pantas, tangkas tetapi penuh sopan.