Powered By Blogger

Saturday, March 03, 2012

:: JASAMU DIKENANG ::

       Hari ni hari Sabtu. Hari ganti persekolahan ikut jadual hari Jumaat. Murid ramai juga datang. Tapi yang seronok tengok che'gu sekolah saya sana sini sibuk. Sibuk mengemaskini fail masing-masing. Dokumentasi penting sebagai bukti segala tugas dan program di bawah bidang tugas masing-masing diuruskan dengan cekap.  Bagaimanapun, urusan pemfailan ni kalau dari awal tahun dah diuruskan dengan baik, sampai waktu pemantauan pihak luar mahupun pemantauan dalaman, cikgu tak perlu gelabah.  Tapi, kalau tahu pemantau nak datang, baru jam itu jugalah nak isi itu, nak cari ini, nak 'mekap' fail dan sebagainya, masa 24 jam pun akan terasa 30 minit.  Nak kata apa, hasil kerja yang baik perlukan pengorbanan! Pendek kata, tak boleh berkira sangat. Yang dah beres tu, mungkin buat 'makeover' je.

       Minggu lepas 27 Februari majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di sekolah untuk memberi peluang kepada semua murid meraikan mereka dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan 6.  Turut diundang dalam majlis ini ialah Yang Dipertua PIBG, En.Mohd Rafix.  Persembahan puisi, nasyid, nyanyian diiringi petikan gitar dan tarian 1Malaysia menyerikan majlis. Dari SMK Sungkai ke Hotel Grand Kampar, majlis bagaikan bersambung.  Majlis yang berlangsung di sekolah adalah atas ingatan pentadbir yang dibantu oleh Badan Pengawas, Majlis Ketua Tingkatan dan MAPP manakala KGKT menyambung tugas di Hotel Grand Kampar pula.

Masa ni belum lagi sebak ...
... bagai ikan pulang ke lubuk ... belajar di SMK Sungkai kemudian kembali berkhidmat di SMK Sungkai juga

       Petang tadi saya  bersantai di Hotel Grand Kampar. Ada majlis 'Jasamu Dikenang' meraikan mantan PK Kokurikulum, Drs. Zuhairi Hj Adnan dan mantan PK HEM, Tn. Hj, Noor Azmi Razali. Memang dah buat majlis di peringkat sekolah tapi ini kiranya gathering keluarga di bawah nama KGKT atau Kelab Guru dan Kakitangan.  Apa salahnya meraikan insan yang telah lama  berkhidmat di sekolah ini?  KGKT ada fungsi penting dalam mempertaut kemesraan dan silaturahim ahli-ahlinya. Buatlah apa-apapun program, yang pasti semua AJK dah merancang yang bagus-bagus, kan?




       Majlis petang tadi hanya makan-makan, ucapan ringkas Pengerusi KGKT, Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohammad Abdul Aziz bin Hj, Mohd Salleh dan Drs. Zuhairi Hj. Adnan. Guru-guru yang menyambut hari jadi sehingga Mac turut menerima hadiah hari lahir mereka. Begitu juga mereka yang  baru melangsungkan perkahwinan seperti  En. Ahmad Nizar dan En. Megat Amirul. Selamat Pengantin Baru!  Yang baru dapat cahaya mata juga dapat hadiah.  Cikgu PJK saya dulu, Puan Thayabari pun datang juga. Puan Minachi dan Cik Joyce Mary (juga bekas murid SMK Sungkai) juga dapat meluangkan masa di sini walaupun datang dan pulang diiringi hujan.   Dari sekolah ke hotel, saya memandu dengan ditemani Cikgu Fatimah Mamat duduk di sebelah.  Sepanjang jalan asyik bercerita aje. Hujan renyai-renyai yang kadang kala lebat tidak terasa pun.  Walaupun Pengetua. PK Tingkatan 6 tak dapat datang, majlis sederhana ini tetap berlangsung dalam suasana mesra dan meriah. Tambah meriah kerana gelagat kanak-kanak dan sesekali kedengaran suara tangis anak kecil. Biasalah kan...apa-apa pun majlis kalau tak ada kanak-kanak tak seronok! Semua itu tak mengganggu tugas Puan Norita Ismail melaksanakan tugasnya sebagai juru acara majlis.  Oohhhh ... sekolah kita dah ada ramai juru acara.  Ada Norita Ismail, Siti Mariam, Nurul Akmal, Asfizah, Daing Nazatul Shima dan mungkin ada beberapa orang lagi yang 'simpan kuku'.  Tu  mesti ada yang bakatnya belum diketengahkan.  Cikgu Zuhairi pun bukan main seronok nampaknya mendukung baby. Petang tadi, baby Nurul Hidayah dan baby Azalinah jadi rebutan.  Joyce, Nadia dan As seronok sangat melayan anak-anak kecil tu.  Kekadang berebut dengan PK Kokurikulum, Pn Norwati Ali dan Puan Norazlina. Kan betul.... tak ada budak kecik, majlis tak meriah!

Bergambar beramai-ramai sebelum pulang

Drs. Zuhairi  Hj. Adnan

Dari kiri:  Norwati, Noreha, Fatimah, Norazlina dan Laili Nordaini

Dari kiri:  Pn. Minachi, Pn. Thayabari, Cik Puvanaiswary, Cik Joyce Mary dan Noreha

Kami ikut aje kata Pengarah Artis, Cik Teh Azamah Nadia (berdiri di belakang)

Ucapan oleh PK Pentadbiran En. Mohd Abdul Aziz b. Hj. Mohd Salleh


Mantan Pengerusi KGKT, En. Ahmad Nizar menerima hadiah daripada PK Pentadbiran

Hadiah untuk Megat yang baru melangsungkan perkahwinan

       Sebenarnya. pertemuan begini kalau dibuat selalupun seronok juga. Tanyalah, Aya Rahim (Naib Pengerusi KGKT), dia pun mesti suka. Orang kuat juga dia ni...kuat pikir pasal program dan kuat bekerja.  Agaknya kalau pengendalian majlis terutamanya yang membabitkan hadiah, mesti nama dia top list. Jangan marah ya Aya.  Memang le apa2pun kena minta persetujuan orang atas KGKT iaitu En. Hussin Saad (Pengerusi KGKT) juga bekas pelajar sekolah ni. Macam saya juga.  Program setahun dah pun dirancang oleh mereka. Cikgu Puvanaiswary akan mengumpulkan yuran ahli. Kalau dema tak bayar yuran, macam mana program nak jalan? Jadi, KGKT ni kelab kita maka semua program yang dirancang dan bakal dilaksanakan adalah untuk kita, Sama-samalah kita beri kerjasama.

No comments:

Post a Comment