EMPAT tahun lalu. saya pernah mendapat penyakit kanser kolon, tahap tiga. Saya
telah menjalani pembedahan membuang bahagian kolon yang ada kanser dan menjalani
kemoterapi sebanyak enam kali. Alhamdulillah, setakat ini saya sihat dan tiada
tanda menunjukkan kanser kembali. Bagaimanapun saya harap Tuan Haji Lokman
dapat memberi penjelasan bagaimana untuk mencegah penyakit kanser melalui
pemakanan.
■
Rahim Osman, Pulau Pinang
SEBELUM ini saya telah menerangkan kaedah mengubati kanser dari perspektif moden dan
al-Quran. Kali ini saya akan berbicara mengenai kaedah
mencegah kanser melalui pemakanan. Dalam pengalaman saya mengubati pesakit
kanser di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang
selalu ditanya pesakit terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan
kemoterapi atau radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser
datang kembali (cancer relapse atau cancer recurrence.)
Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru
prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati". Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor
yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat. diet seimbang dan stres
minimum. Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah
gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi
atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan
seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.
Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor
ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan. Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat
mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang
menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet
dengan pH berasid.
Apa itu diet beralkali?
DIET berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging
merah (lembu dan kambing). daging ayam, ikan, makanan laut. makanan berasaskan
susu seperti mentega, keju, ais krim, tepung, teh, kopi, makanan segera.
minuman soda dan gula. Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan
rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang. Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur
sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus
buah-buahan. teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.
Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau
persekitaran tubuh berakali.
Sayur-sayuan yang kaya dengan kandungan anti kanser |
Bagaimana diet beralkali
pengaruhi sel kanser?
KAJIAN makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat
membiak dalam persekitaran berasid. Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati
ketumbuhan kanser lebih lambat. Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam
tubuh seseorang lebih berakali. maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak
adalah berkurang. Makanan berakali tinggi
menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.
Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran
yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia
menggalakkan pembiakan kanser. Apabila sel tisu dalam badan inempunyai kandungan
alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel
tisu berasid tinggi. Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam
badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser. Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam
badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka
semakin nipis peluang sel kanser membiak. Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan
buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus
buah-buahan terutama sekali jus lobak merah. Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh
mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.
Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran
berasid. diet daging bersifat asid sangat tinggi. Daging mengandungi antibiotik
ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit
kanser. Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana
walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging
merah.
2. Gula
Gula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan
pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser. Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu.
Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.
3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai
tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama. Garam yang lebih
baik adalah garam laut.
4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cengkerang aeperti kerang,
ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan
pembiakan kanser.
5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein
tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi. Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser.
Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan
kimia di dalam air memasuki tubuh. Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun
kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih
buruk daripada gula.
6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk
buah-buahan.
7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan
goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum
minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang.
Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula
jangkitan penyakit. Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak
akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang
kurang selera makan. Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di
dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah. Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan
selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi
mereka lebih tertekan. Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga
berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk
makan meskipun tidak ada selera. Apabila makan, badan menjadi kuat
untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan
kemoterapi. Kesimpulannya, pesakit kanser perlu menyedari
kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.
Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti
sebelumnya, ini akan membahayakan. Ini kerana bila seseorang menghidap kanser. mereka
perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid. Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti
mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi,
serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir
dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati
lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi. Nabi Muhammad bersabda "Berubatlah kamu
dengan dua perkara - madu dan al-Quran" (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Madu adalah ubat segala penyakit
tetapi dengan syarat tidak menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan
menyebabkan kita sembuh, itu adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk
menyembuhkan kita. Jadi, di sini wajar pesakit kanser mengamalkan sunah
Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat
alkalinya yang tinggi. Kajian saintis Barat menunjukkan madu sebagai satu
alternatif sihat mengganti gula. Disebutkan dalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi
bersabda tentang air zamzam "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat,
sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan". Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya
"Dan penyembuh penyakit". (Hadis Riwayat Muslim).
D dalam proses penyembuhan penyakit kanser
digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ada menganjurkan
pakej umrah untuk pesakit dan orang ramai. Selalunya pesakit yang menyertai
pakei umrah ini, selain melakukan perubatan di Tanah Suci, disyorkan meminum
air zamzam sebanyak mungkin bagi membantu proses rawatan di samping mengamalkan
bacaan ayat al-Quran yang telah diberikan. Nabi Muhammad SAW bersabda "perut adalah
tempat bermula pelbagal penyakit" (Hadis Riwayat Muslim).
Jadi di sini memang wajar umat Islam mengambil berat
tentang jenis makanan dan diet yang diambil setiap hari agar tubuh kita sihat
dan dapat menikmati kualiti hidup. Nabi SAW bersabda
"Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada seorang mukmin yang lemah.
Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan
agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya
hidup sihat.
No comments:
Post a Comment