Artikel daripada halaman SOAL JAWAB DOKTOR bersama PROF. MADYA DR. NIK HAZLINA NIK HUSSAIN, Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan yang disiarkan di akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2013..
SAYA ialah seorang penggemar
kucing. Saya mempunyai 10 ekor kucing di rumah, kebanyakannya kucing kampung.
Untuk pengetahuan doktor, saya sedang mengandung anak pertama dalam empat
bulan. Saya tidak mengalami apa-apa alahan atau masalah perubatan semasa hamil.
Kawan baik saya ada memberitahu akan masalah yang mungkin timbul kepada bayi
dalam kandungan jika kita membela kucing. Motion penjelasan daripada doktor?
■ Penggemar kucing. Selangor.
JAWAPAN:
Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan
haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda
perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi
pengendalian najis kucing. Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada
kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang
dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan
didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering
ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh
menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan. Ini boleh
mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak
dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak
menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.
Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan
parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang
hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan
petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.
Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam
serta selesema biasa. kelenjar limfa membengkak. sakit otot, kekejangan dan
sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap sebagai "keadaan biasa" oleh
ibu hamil dan doktor yang merawatnya. Proses penyebaran boleh berlaku berpunca
daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam
dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang
menyerang jaringan saraf manusia.
Menjangkiti bayi
Seorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau
semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung. Toksoplasmosis kongenital
adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui
uri (plasenta). Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada
toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi
termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk 'retardasi
mental'. Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan
dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila
wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.
Peringatan
Sebagai peringatan kepada wanita khususnya yang
sedang hamil dan berusaha untuk hamil. anda perlu mengehadkan masa bersama
haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh
dilakukan oleh suami atau orang lain. Dengan cara ini moga anda dapat mengelak
risikojangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia
dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toxoplasmosis kongenital.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan
toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran
antibodi yang mengesahkan jangkiMa ini: Jika ibu disahkan mendapat jangkitan.
ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan
dilakukan ke atas bayi dalam kandungan. Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi
disyaki telah dijangkiti. agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir
dapat dikurangkan.
Rawatan
Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas
dilahirkan. Sebaliknya. jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti. ibu akan
diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat
dikurangkan sehingga 50 peratus. Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu
yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai
sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.
Langkah-langkah pencegahan sepeti berikut dapat
mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum
mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna
dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu
dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa
mengendalikan tanah dan akhir sekalj elakkam daripada menyentuh najls kucing. Elakkanlah membela kucing semasa hamil seklranya
langkah ini sukar dilakukan.
No comments:
Post a Comment