Hari ini 16 Februari hari Jumaat. Balik awal hari ni sebab dah bincang2 dgn mak boleh ke TI untuk bayar cukar tanah. Mak setuju. Lepas makan tgh hari kami bersiap2 le nak ke TI. Sampai di sana dah hampir 4.30 petang. Terus masuk pejabat dan duduk di kerusi menunggu berwarna biru. Apabila dah siap tengok bil, kira berapa perlu dibayar, saya pun terus bangun menuju ke kaunter bayaran. Ehh...tak boleh terus bayar rupanya walaupun kita dah ada penyata cukai. Kena pergi Kaunter 15 dulu untuk ambil nombor.
Ohhh...dah ada sistem nombor rupanya. Tahun lepas tak payah pun guna nombor. Ok la...tak apa. Dah dapat nombor, duduk semula di kerusi biru tu. Meninjau ke kaunter bayaran tapi tak ada orang, Tertanya2 juga kenapa nombor saya tak dipanggil2 jugak. Dekat 10 minit menunggu. Maka tak lama lepas tu, pengawal keselamatan tanya, "nak bayar ke?" Ya, kata saya. Haa...baru le nombor saya dipanggil dan saya cepat bangun menuju ke kaunter bayaran. Bayar dua penyata cukai...bayar lebih RM80. Kejap je...dah selesai. Lepas tu, ke pekan TI beli popia basah dan popia goreng yg jd kegemaran mak ( popia Majid le sbb yg lain x sesedap popia dia), ke The Store dan kemudian balik ikut Tapah Road sebab ayah nak tapai ubi. Tapi, hari ni tak ada rezeki, tapai yang dicari tak ada. Saya membeli sehelai tudung, warna pink, awning coklat Thai silk. Harga RM10 aje. Beli kuih tepung talam dan pulut udang sebab kuihnya nampak cantik dan sedap. Dah selesai membeli, menuju ke kereta yang diletak di depan masjid Tapah Road. dan terus balik ke rumah. Dah penat....
No comments:
Post a Comment