Powered By Blogger

Sunday, February 26, 2012

Hari Minggu di Sri Petaling

      Malam tadi bersantai dan makan malam di D'Santai Station. Hari ini aktiviti bersantai di rumah Yang bersenang2 dengan Anip, Syafiq dan Iman.

Nurul Iman


.jangan nangis ya Iman

Ehhhh...kenapa jelir lidah ni, Iman?

Mak Intan & Syafiq sebelum ke kelas renang


Sambil tunggu masa nak ke kelas renang

Kelas renang dah mula ...

Kuak kupu-kupu bila nak belajar? Gaya  bebas jer?

Mana jurulatih saya?

Ni tangan mak inan ke kat papan anjal ni?

Tak lama lagi boleh melompat dari papan anjal

Saya tak takut pun!

Haaaa.... mana Syafiq ni? Lamanya menyelam

Dah OK?

Terkejut Iman

Makcho sedang memangku Iman. Tengok tu..diam je dia

Syafiq, Makcho n Iman

Syafik, Makcho n Iman
      Sebelum balik kena main dengan Iman dulu.  Masa ni Iman memang 'friendly'.

Saturday, February 25, 2012

Dinner at D'Santai Station, Sri Petaling

      Hari ini saya, emak, Udin, Ila dan Nazra ke rumah Yang lagi di Sri Petaling. Nak tengok Yang sebenarnya, apa khabarnya? Harap2 dah semakin sihat.  Ayah tak nak ikut pulak. Kalau tidak boleh pergi dua kereta. Bimbang juga tinggalkan dia sorang-sorang di rumah. Mujurlah cucunya, Asyraf yang sorang ni sudi temankan atuknya. Lagipun tengah cuti semestar. Atuknya pun suka cucunya ni. Boleh tahan seloroh.  Ahai...ada 'chemistry'  dema berdua tu.
      Malam ni Yang bawa makan di D'Santai Station dekat stesen LRT. Malam ni tak nak makan nasi. Kami bertiga makan beef steak, Syafiq n Anip makan chicken chop. Mak Intan makan mushroom soup and garlic bread.  Hai....semua nak jadi mat saleh, ya!  
      Nak cerita sikit pasal bandar Sri Petaling ni. Masa mula2 datang rumah Yang ni tak sibuk sangat tapi beberapa tahun selepas itu permbinaan semakin rancak.  Belakang rumah Yang ni ada 'fly over'.  Siapa badannya tak 'mesra alam' susah le nak tidur sebab kereta memang bertali arus 24 jam apatah lagi pada waktu puncak.  Sri Petaling (dahulunya Bandar Baru Seri Petaling), ialah sebuah kawasan pinggir bandar yang terletak berhampiran Taman Gembira, Kuchai Lama dan Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Mengikut sejarahnya, kawasan yang sebelum ini merupakan dusun pokok getah dibangunkan pada tahun 1981. Pada 1980-an dan awal 1990-an tempat ini digeruni kerana adanya tanah pelupusan sampah yang luas, tetapi kini tiada lagi kerana memberi laluan kepada tempat bermain dan tempat letak kereta.  ( Jangan marah, saya ni cikgu Sejarah sebab tu suka fakta - tahun, tarikh, tokoh  dan peristiwa! )
     Bilangan penduduk Sri Petaling pada awalnya tidak ramai kerana jauh terpencil dari ibu kota, tetapi mula bercambah pada akhir 1980-an apabila dibuka dua laluan baru ke Salak Selatan dan Taman Gembira, ditambah lagi dengan pembangunan pesat yang berlaku di sana sepanjang 1990-an. Pada tahun 1997, Lebuh Raya Shah Alam dibuka untuk memudahkan perjalanan ke Subang Jaya dalam masa 10 minit, maka semakin ramailah penduduk Sri Petaling. Kalau nak ke pusat bandar Kuala Lumpur, senang juga, boleh naik LRT. Pergi je ke Stesen LRT Sri Petaling.
     Nak shopping atau bersantai pada hujung minggu? Pergi aje ke Carrefour di Endah Parade, kompleks beli-belah terbesar di Sri Petaling. Hotel pun ada di sini iaitu Hotel Sri Petaling. Ada juga Masjid Jamek terletak berhampiran SMK Bandar Baru Seri Petaling,  Biasanya di sinilah tempat berkumpul jemaah tabligh dari seluruh dunia. Jemaah tabligh ni ada beberapa markas di seluruh Malaysia  Penduduk kat sini boleh pilih sekolah mana mereka nak hantarkan anak2 mereka. Sekolah rendah boleh hantar ke SK Bandar Baru Sri Petaling 1 atau SK Bandar Baru Sri Petaling 2. Sekolah menengah pula pilihannya seperti SMK Bandar Baru Seri Petaling and SMK Seri Saujana. 
                                                              Ucu Din, Syafiq and Ucu Nazra
Ucu Din and Syafiq

Aiit...naper Ucu Din mukanya sekerat jer?

Dah kenyang ke ngantuk?

Sapadu rombeh nalla irruku


Tengah tengok kapal terobang!

Best ler nescaffe kat  sini.

Tunggu nak balik aje

Jalan raya waktu malam di Sri Petaling
     That's all for today. See u real soon. Good night.


Friday, February 24, 2012

Cukai Tanah Cukai Pintu

Petang tadi saya dan mak ke Pejabat Tanah Tapah untuk bayar cukai tanah ( 3 bil ) dan cukai tanah rumah saya di Taman Gemilang dan cukai pintu.  Alamak...sampai di pejabat tanah dah terlewat lima minit. Kaunter bayaran dah tutup. Rupa-rupanya pukul 4.30 dah tutup. Lain kali....ingat bahawa jgn lewat sampai.  Tak terlintas pulak di fikiran utk bayar di kaunter Pejabat Pos aje sbb di  pejabat pos pun boleh bayar.  Tak pe la..hari Isnin nanti habis je mesyuarat prapersediaan minggu bahasa, saya akan bergegas ke pejabat tanah (itu pun kalau sempat) kemudian ke kedai TM nak jelaskan bil streamyx dan ...? Ooooohhh macam bnyak benor urusannya ya?



Pejabat Daerah (kiri) dan Pejabat Tanah (kanan)
Tapi, petang ni saya puas hati sebab hajat ayah sejak minggu lepas nak makan tapai ubi dah tercapai. Pecal yang sedap tu pun dah dapat saya beli tadi.  Pecal sebungkus sorang. Ehmmmm puas makan! Dan beli anggur untuk bawakan Anip n Syafiq sebab petang Sabtu insya Allah nak ke Sri Petaling lagi. Tengok Yang sebab dia tak sehat. Kesian juga nengoknya minggu lepas...pening (manakan tidak,  kalau dah memangku jawatan general manager bukan senang!) Kepala semedang ligat berputor! Mudah-mudahan Allah permudahkan Yang menjalankan tugas sehariannya.  Kesian kat Nurul (anak manja ayah) dalam kereta masa hantar dia ke asrama di SSP Cyberjaya tu asyik merah matanya sedih melawan tangis. Tak pe Nurul, doakanlah untuk ayah sebab doa orang penyayang tu Allah makbulkan. Makcho juga hari2 doakan ayah semoga cepat sihat. Anip, Syafiq & Nurul Iman pun anak baik juga, kan? Syafiq pun dah pandai sembahyang... jadi imam pun dah pandai dah. Mcm tu anak mak anak ayah yg baik. Ya la... hujung minggu ni kita jumpa lagi kat Sri Petaling. Tunggu tau! Nanti kita cerita lagi.

Ehmmm....ngantuknya. Besok sekolah ganti. Habis sekolah singgah kedai nak beli kelapa muda, barli (untuk Yang) dan apa2 yg patut utk anak-anakku kat sana. Tapi Nurul, makcho mungkin tak sempat buat kek coklat kukus lagi. Lain kali ya. Kita jumpa lagi. Ya Allah, peliharakanlah kesihatan dan keselamatan ibu ayahku dan sekalian ahli keluargaku dengan rahmat dan kasih sayangMu. Berikanlah kegembiraan dan kebahagiaan kepada kami seperti zaman kanak-kanak kami dahulu. Amin.

[Tahniah!] Kemala Diumum Sasterawan Negara ke-11 | Nota Jiwa Shamsul Amin

[Tahniah!] Kemala Diumum Sasterawan Negara ke-11 | Nota Jiwa Shamsul Amin

Wednesday, February 22, 2012

PTA Meeting 2012 - last edited

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-36 petang semalam telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato' Mohd Zahir bin Abdul Khalid, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak merangkap ADUN Kamunting.


Saturday, February 18, 2012

Kek Coklat Kukus Untuk Nurul Aida

      Hari ini ada appointment dgn Angie. Sebulan sekali nak manja diri.  Dah selesai appontment kira2 pukul 12.30 tengah hari terus balik. Dalam perjalanan pulang, singgah dulu di pasar beli sayur seperti kacang panjang, taugeh, tauhu, sengkuang sebab ayah nak makan pecal. Sambal kacang pun beli ready made aje di kedai Daud. Barang2 lain yang dibeli termasuklah bawang putih, halia, kerisik dan santan.  Singgah pula di pasar raya...ada lagi nak dibeli...kacang tanah, ketupat Adabi dan udang kering nak buat nasi impit.
       Besok pagi nak ke Sri Petaling. Petang tadi Kak Yang telefon tanya bila nak datang. Jadi, petang tadi dapat la sediakan nasi himpit dan kuah kacang dan buat sebiji kek coklat kukus untuk Nurul Aida yang tinggal di asrama. Nak jumpa anak2 buah tu seronoknya kalau dapat bawakan apa2 yg dema suka makan. Kek coklat dan nasi himpit antara yang digemari.  Itu je yang makcho rasa senang sikit nak sediakan.   So, besok kita jumpa di Sri Petaling ya Syafiq (kesian Syafiq tunggu sejak berjam2 tadi tp mak intan & makcho tak sampai2 mlm ni), Anip and Nurul. Untuk Nurul makcho dah beli macam2 snack boleh makan kat asrama.
Kek coklat kukus untuk Nurul. Yang di belakang kek tu donut  Big Apple  yang dibeli mak intan 
       Ahhhhhh....dah ngantuk sangat. Nak tidor le...besok nak bangun awal tak sabar nak gi Sri Petaling ni...

Friday, February 17, 2012

Cukai Tanah

      Hari ini 16 Februari hari Jumaat.  Balik awal hari ni sebab dah bincang2 dgn mak boleh ke TI untuk bayar cukar tanah.  Mak setuju. Lepas makan tgh hari kami bersiap2 le nak ke TI. Sampai di sana dah hampir 4.30 petang. Terus masuk pejabat dan duduk di kerusi menunggu berwarna biru. Apabila dah siap tengok bil, kira berapa perlu dibayar, saya pun terus bangun menuju ke kaunter bayaran. Ehh...tak boleh terus bayar rupanya walaupun kita dah ada penyata cukai.  Kena pergi Kaunter 15 dulu untuk ambil nombor.

      Ohhh...dah ada sistem nombor rupanya. Tahun lepas tak payah pun guna nombor.  Ok la...tak apa. Dah dapat nombor, duduk semula di kerusi biru tu. Meninjau ke kaunter bayaran tapi tak ada orang, Tertanya2 juga kenapa nombor saya tak dipanggil2 jugak.  Dekat 10 minit menunggu. Maka tak lama lepas tu, pengawal keselamatan tanya, "nak bayar ke?" Ya, kata saya. Haa...baru le nombor saya dipanggil dan saya cepat bangun menuju ke kaunter bayaran.  Bayar dua penyata cukai...bayar lebih RM80.  Kejap je...dah selesai.  Lepas tu, ke pekan TI beli popia basah dan popia goreng yg jd kegemaran mak ( popia Majid le sbb yg lain x sesedap popia dia), ke The Store dan kemudian balik ikut Tapah Road sebab ayah nak tapai ubi.  Tapi, hari ni tak ada rezeki, tapai yang dicari tak ada. Saya membeli sehelai tudung, warna pink, awning coklat Thai silk. Harga RM10 aje.  Beli kuih tepung talam dan pulut udang sebab kuihnya nampak cantik dan sedap.  Dah selesai membeli, menuju ke kereta yang diletak di depan masjid Tapah Road. dan terus balik ke rumah.  Dah penat....

Tuesday, February 14, 2012

Falsafah Hidup Dalam Adat Perpateh


Falsafah hidup Adat Perpateh didasarkan kepada demokrasi dan sosialisme. Sebenarnya istilah 'demokrasi' dan 'sosialisme' adalah perkataan yang agak baharu kepada oang Melayu terutamanya kepada kebanyakan anak-anak Rembau sendiri.  Demokrasi ialah gabungan dua perkataan Yunani (Greek) iaitu 'demos' yang bermaksud 'penduduk' atau rakyat dan 'kratos' yang bermaksud kekuatan atau kedaulatan.  Pendekatan demokrasi ini juga pernah dinyatakan oleh Abraham Lincoln yang memberikan gambaran yang agak tepat juga dengan mensifatkan demokrasi itu sebagai 'satu pemerintahan kerana rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat'.  Bagi Roosevelt pula, `Kerajaan itu adalah kita; kitalah kerajaan, engkau dan aku.'

Istilah 'sosialisme' berasal daripada perkataan Latin 'sosius' yang bermaksud 'seorang teman atau seorang sahabat'. Daripada kata dasar 'sosius' terdapat pula perkataan-perkataan seperti 'sosial' yang bermaksud 'suka berbaik-baik dengan orang lain'. Perkataan 'society' pula bermaksud 'masyarakat'. Ringkasnya, sosialisme bermaksud satu teori atau satu falsafah politik yang mengutamakan masyarakat daripada diri seorang individu. Dalam Adat Perpateh, sosialisme adalah satu falsafah hidup yang berdasarkan hukum alam. Demokrasi dalam Adat Perpateh ada dinyatakan dalam pantun (asal) ini:

                Kertas mari di-surat,

                        di-surat orang dengan pisau.
                Di-Acheh raja-nya sa-daulat,
                        di-Darat raja-nya Minangkabau.

Sosialisme dalam Adat Perpateh diceritakan dalam pantun ini:-


                Sejak berduku, berkelapa,

                       pandan tidak panjang lagi.
                Sejak bersuku berkepala,
                       badan nan tidak senang lagi.

Pantun di atas menggambarkan keadaan hidup seorang 'anak buah' dalam sukunya.  Para penduduk dalam sebuah 'luak' adalah hidup dalam suku masing-masing iaitu mereka adalah hidup bersuku atau hidup bermasyarakat.  Cara hidup bermasyarakat itu adalah mengikut setiap anak buah supaya:


                 "Tegak bersaudara, saudara di-pertahankan,

                 tegak berkampong, kampung di-pertahankan,
                 tegak bersuku, suku di-pertahankan,
                 tegak bernegeri, negeri di-pertahankan,

iaitu setiap anak buah dimestikan patuh kepada sukunya dan masyarakatnya. Kedudukan anak buah dengan masyarakatnya itu adalah diibaratkan, 'seperti mentimun dengan durian - menggolek pun luka, kena golek pun luka.'


Hidup bersosial dalam Adat Perpateh sudah diamalkan sejak lama dahulu. Nilai murni jadi pegangan. Setiap anggota masyarakat ada peranannya masing-masing sekalipun sifatnya tidak sempuna.  Dalam masyarakat Adat Perpateh itu, setiap anak buah mempunyai tugasnya yang tersendiri. Sebagai umat yang mulia, setiap anak buah itu, walau bagaimanapun keadaannya, tetap sahaja ada gunanya dan berguna kepada masyarakatnya :-


                `Jika cherdek teman berunding,

                 jika bodoh di-suroh di-arah,
                 yang buta di-suroh menghembus lesong,
                 yang patah di-suroh menunggu jemoran,
                 yang pekak di-suroh menchuchoh meriam,
                 yang berani di-buat kepala lawan,
                 kalau kaya hendakkan emas-nya,
                 kalau mu'alim hendakkan do'a-nya.'
             

Ketika berkunjung ke Bukittinggi, Sumatera Barat pada bulan Mac 2006.

Buku tentang Adat Perpateh yang ditulis oleh Abdul Rahman bin Hj. Mohammad pada tahun 1964 terbitan Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur masih saya simpan untuk rujukan keluarga.

Adat yang dikenali dengan nama Adat Perpateh itu ialah adat yang dipakai oleh kebanyakan orang Melayu di Negeri Sembilan dan juga di Naning dalam negeri Melaka.  Adat Perpateh adalah lengkap dengan segala tatatertib, segala peraturan dan undang-undang atau lebih tepat lagi sebenarnya merupakan satu Perlembagaan Negeri. Adat Perpateh ini berasal dari Minangkabau sebeuah negeri yang amat terkenal dan terletak di sebelah barat pulau Sumatera, Indonesia seperti yang diceritakan dalam pantun ini:-

                     Akan hilir ka-Inderagiri,
                            Sa-malam di-Padang Panjang,
                     Di-mana adat mula berdiri?
                            Di-Pariangan, Padang Panjang.

Menurut sejarah, beratus-ratus tahun dahulu, ramailah orang Minangkabau yang telah pergi merantau meninggalkan tanah air mereka.  Antara mereka terdapat rombongan yang telah pergi mengembara hingga ke Semenanjung Tanah Melayu dan ada pula antara mereka telah merantau hingga ke Naning dan Negeri Sembilan.  Mereka telah membuka negeri baharu dan berkampung halaman di Naning dan di Negeri Sembilan. Menetaplah mereka di situ hingga beranak pinak, bercucu cicit turun temurun hinggalah sekarang.


Sempat menggayakan pakaian puteri Minang ketika berkunjung ke Istana Pagaruyung

Monday, February 13, 2012

Sabtu dan Ahad di Sungai Besar, Selangor

      Hujung minggu ini, 11 dan 12 Februari 2012, saya dan mak ke rumah bapa saudara di Sungai Besar, Selangor. Dah banyak kali mak bertanya, "bila agaknya boleh pergi rumah Chik?" Saya tak dapat bagi jawapan spontan. Sebabnya, hujung tahun saya sibuk dengan tugas rasmi atas lantikan LPM. Tak boleh nak berjalan jauh ke mana-mana. Memang kesian tengok mak. Masa cuti sekolah lama ni le kita sepatutnya luangkan waktu untuk mak dan ayah kita.

      Maka saya berjanji dengan mak, kalau ada hari Sabtu yang tak ada apa2 urusan sekolah, saya akan bawak mak ke rumah Chik. Jadi, saya pendamkan hasrat dan niat nak join our Masscommite 85-88 group nak picnic di Tasik Shah Alam pada 12 Februari ni.  Sebab, saya tak sampai hati nak hampakan harapan mak lagi. Tak pe lah, rela saya korbankan segala angan2 kegembiraan itu.  Pada teman2 Masscomm sekalian, saya mohon maaf banyak2. Mudah2an Tuhan izinkan saya bertemu kalian pada pertemuan akan datang.

      Setelah lebih setahun tak jumpa Chik, rasa kasihan, rasa sebak, rasa sayu cuba ditahankan. Manakan tidak, penglihatan Chik dah kabur. Kalau dulu Chik hari2 turun ke laut, sekarang tak lagi. Berjalan walaupun dalam rumah kena pimpin terutama kalau nak ke bilik air. Dah jumpa doktor...check mata.  Mudah2an Allah permudahkan kehidupan Chik berdua dan seisi keluarga.  Alhamdulillah, tiap kali ke rumah Chik saya ini, nikmat yang saya tak pernah lupa adalah dpt  merasai keenakan ikan goreng, udang dan ketam yang manis dan segar dari laut.  Dulu-dulu pun begitu juga.  Kali ni, Chik No bekalkan pula dekat 30 biji pula telur puyuh.

Seronoknya apabila setiap kali dapat ke sana!  Apa yang seronoknya? Dapat menikmati khazanah laut yang masih segar. Ada udang, ketam dan ikan yang enak dan manis.


Saturday, February 04, 2012

Tahun 2012 Kini Menjelma

Sup ayam ni kegemaran Sofia. Afiq dan Sarah juga suka.

Afiq dengan Ben 10nya dan Sarah pula dengan Snow Whitenya
Puji dan syukur kepada Allah swt serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Tirai 2012 dapat kuintai kerana aku masih dapat menghela nafas.