Powered By Blogger

Thursday, October 27, 2011

Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme

Hari kedua seminar sebelum slot ceramah bermula.  Dari kiri: Suria, Norazlina, Noreha dan Fatimah.

Tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama Setiasuaha Politik Perdana Menteri, Dato' Haji Sahlan bin Ismail pada hari terakhir seminar.
Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme 1Malaysia telah diadakan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, Selangor Darul Ehsan selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Oktober 2011. Seramai kira-kira 200  peserta menghadiri seminar tersebut. Mereka terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan dan Kaunselor sekolah dari daerah Batang Padang, Hilir Perak dan Kinta Selatan.
Penceramah utama ialah Dato' Hj, Sahlan Ismail, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.  Dato' Haji Sahlan dalam ceramahnya lebih berfokus kepada penjelasan kosep 1Malaysia.  Panjang lebar ceramahnya yang bersambung-sambung selama tiga hari. Sesi sebelah malam pada hari pertama dan kedua berlarutan sehingga hampir jam 12 malam. Tapi saya yang mendengarnya tidak mengantuk kerana beliau membawa pendekatan yang strategik dan menarik.  Ooohhhh... bukan mudah nak menarik perhatian 200 peserta untuk mendengar ceramah kalau ilmu, kebijaksanaan tak penuh di dada! Namun, Dato' Hj. Sahlan memiliki semua itu. Cakap Melayu, Jawa, Indonesia, Sarawak, Sabah oooohhh boleh belaka. Kena pulak la dialeknya. Hebatlah Dato'!  Cakap bukan sebarang cakap.  Setiap pernyataan ada dalil yang menyokong. Tak boleh cakap bagi kenyataan sembarangan. 

Selama tiga hari di INFRA, saya berpuas hati dengan layanan pihak penganjur termasuk makan dan penginapan. Tiga hari jadual seminar agak padat. Solat berjemaah di surau serta kuliah maghrib dan subuh bukan sekadar mengimarahkan surau tapi mempertaut ikatan persaudaraan Islam dan perpaduan ummah. Hati akan bersatu bila ada nur dan roh Islam di hati setiap insan Muslim. Sesekali beriadah dalam kumpulan yang besar memang menyeronokkan. Tontonlah video ini. Video ini menceritakan segala-galanya walaupun tidak 100 peratus aktiviti seminar terakam di sini.

Mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008), Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin

Kunci kejayaan ialah 'wisdom' (kebijaksanaan), jiwa yang besar dan 'sharpen the saw'
Dua penceramah yang lain ialah Dato' Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008).  Dato' Salleh menceritakan perkembangan semasa tentang indeks jenayah di Malaysia dan segala yang berkaitan dengan isu keselamatan negara di bawah bidang kuasanya.  Tan Sri Aziz dalam bicara yang lembut sopan membawa peserta merenung kemelut dan perjuangan Melayu dari dahulu hingga sekarang dan bagi beliau 'ilmu dan kebijaksanaan' kunci utama untuk membawa negara ini ke era kemajuan.  Tugas ini terpikul di bahu pentadbir sekolah juga!

No comments:

Post a Comment