Roti puri memang sedap dimakan dengan kari ayam, kari daging atau sardin. Ikut selera orang Malaysia. Saya mula suka makan roti puri ni sejak menikmatinya ketika melancong ke India dua tahun lepas. Di sana roti puri tidak sahaja menjadi sarapan malah kadang-kadang disajikan pada waktu makan tengah hari dan minum petang. Seperti roti canai di Malaysia, bila-bila masa sahaja boleh dinikmati. Puri paling sedap yang saya jumpa sepanjang berada di sana ialah di Pahalgam selepas seronok berkuda pada petang itu.
Setiap pagi, sarapan di sini tak pernah tak sedap. Pukul 7.00 pagi sarapan dah tersedia. Roti puri yang kami cari dulu. Memang laku keras! Yang best, bos houseboat tahu berapa orang yang belum makan. Disebabkan bilik tak banyak dalam setiap bot, jadi dia memang kenal penghuni setiap bilik. Beberapa hari tinggal di bot ni memang memberikan pengalaman yang sangat menarik. Awal pagi dah keluar meneruskan perjalanan dan malam baru pulang untuk makan malam. Sebelum tidur, kami dibekalkan dengan tiub air panas untuk memanaskan badan. Di sini pada bulan Disember memang sangat sejuk. Tidur di sini memang lena. Kalau datang ke sini, bawa saja pakaian yang tak perlu digosok terutama tudung. Pakailah tudung yang tak perlu digosok sebab penggunaan seterika adalah dilarang oleh pihak pengurusan houseboat.
Roti puri wajib ada setiap kali sarapan dalam houseboat di Srinagar |
Setiap pagi, sarapan di sini tak pernah tak sedap. Pukul 7.00 pagi sarapan dah tersedia. Roti puri yang kami cari dulu. Memang laku keras! Yang best, bos houseboat tahu berapa orang yang belum makan. Disebabkan bilik tak banyak dalam setiap bot, jadi dia memang kenal penghuni setiap bilik. Beberapa hari tinggal di bot ni memang memberikan pengalaman yang sangat menarik. Awal pagi dah keluar meneruskan perjalanan dan malam baru pulang untuk makan malam. Sebelum tidur, kami dibekalkan dengan tiub air panas untuk memanaskan badan. Di sini pada bulan Disember memang sangat sejuk. Tidur di sini memang lena. Kalau datang ke sini, bawa saja pakaian yang tak perlu digosok terutama tudung. Pakailah tudung yang tak perlu digosok sebab penggunaan seterika adalah dilarang oleh pihak pengurusan houseboat.
Shopping di Jaipur |
Kami juga dibawa melihat sekitar Jaipur iaitu ibu kota dan bandar terbesar di negeri Rajasthan. Jaipur lebih dikenali dengan nama Pink City atau Kota Pink. Pada petang itu, kami sempat masuk ke masjid di bandar ini. Di masjid ini rupa-rupanya tiada ruang solat untuk wanita. Daripada pengamatan saya, masjid di negara kita walaupun di luar bandar jauh lebih selesa dari segi kemudahan jika dibandingkan dengan masjid di Jaipur ini. Memandangkan tiada pilihan lain, kami meneruskan agenda petang itu dengan mencuci mata melihat barang-barang yang dijual di sepanjang deretan kedai di bandar Jaipur ini. Apapun barangan yang dijual di sini memang berpatutan.
Pemandangan di sini memang cantik |
Perempuan sahaja 😊 |
Salah sebuah masjid di Kashmir yang sempat kami kunjungi |
Main salji di Gulmarg yang terletak 52 km dari Srinagar |
Bergambar dengan abang askar Kashmir
Tak puas menikmati keindahan Taj Mahal sebab hari hampir malam
Bahan-bahannya:
Dari Jaipur kami bergerak menuju ke Agra. Perjalanan dengan menaiki bas mengambil masa kira-kira empat jam setengah. Tak sabar nak melihat Taj Mahal. Taj Mahal yang terletak di tebing Sungai Jumna berhampiran Agra merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan ( 1641 - 1666 ) sebagai monumen peringatan untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Taj Mahal ini mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Sebab utama saya ingin jalan-jalan ke India adalah kerana keunikan Taj Mahal. Memang sejak dulu saya memasang impian untuk sampai ke sini. Melihat sendiri Taj Mahal yang tersergam indah berada di depan mata. Subhanallah. Alhamdulillah. Sangat cantik seni bina Taj Mahal ini. Seni bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan gaya seni bina Islam. Ayat-ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Arkitek utama bangunan ini ialah Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai tapak warisan dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'. Bayangkanlah Taj Mahal ini dibina menggunakan 43 jenis batu permata termasuklah berlian, jed, firus dan nilam. Diceritakan juga bahawa kesemua bahan binaan itu dibawa dari Asia menggunakan 1,000 ekor gajah. Sayangnya, kami sampai agak lewat. Perlu berjalan jauh dari tempat hentian bas untuk masuk ke perkarangan Taj Mahal ini. Pengunjung sangat ramai dan bertali arus. Kami hanya dibenarkan membawa telefon bimbit tetapi tidak dibenarkan membawa power bank dan pengecas. Kami keluar dari perkarangan Taj Mahal ketika hari mula gelap. Dari kejauhan terlihat kilauan dari monumen indah itu kerana pantulan cahaya dari bumbung, kubah dan menaranya diperbuat daripada marmar putih dan seni mozek yang indah serta dihiasi permata. Tidak jemu mata memandang.
ROTI PURI KEMBUNGDepan houseboat sebelum berangkat ke Delhi |
250 gram tepung gandum
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak
Air suam
Caranya:
1) Gaul tepung gandum, gula, garam dan minyak.
2) Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli tepung sampai tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 10 minit.
3) Doh diuli sebentar dan bulat-bulatkan sebesar gola golf ( agak-agak la ya 😄) Kemudian rehatkan doh selama 20 minit.
4) Leperkan doh. Tabur sedikit tepung di kedua-dua permukaan doh supaya tak melekat.
5) Goreng doh dalam minyak yang sedikit.
Nota: Saya tidak gunakan yis tetapi doh tetap kembung semasa kita menggoreng. Sebenarnya boleh saja gunakan yis ikut kesukaan masing-masing.
Doh dicanai selepas direhatkan 20 minit |
Begini keadaannya selepas digoreng |
Roti puri tanpa yis tetap kembung dan sedap |
No comments:
Post a Comment