Dakwat ini menghasilkan warna yang cantik
Pen Parker berwarna hitam yang ketika itu harganya cuma RM4.50 sebatang
Pakaian terutama kasut sekolah, jenama Bata yang ayah pilih untuk kami. Semasa darjah 1 dan darjah 2 saya hanya memakai kasut getah. Berulang kali juga merengek pada ayah, tapi mak memujuk … “nanti le dulu. Pakai dulu kasut yang ada tu. Nanti kalau dapat duit lebih boleh le beli kasut tu.” Hati sedikit sedih dan terkilan tapi mengenangkan ketika itu hidup susah lantaran adik beradik ramai dan masih bersekolah, maka saya belajar untuk bersabar. Semasa darjah 3 saya dapat rasa memakai kasut Bata dengan potongan seperti yang sering dipakai jururawat. Tapi pandai2 la berjimat. Kasut yang ayah beli tu untuk dipakai 2 tahun. Hanya sepasang seorang. Kotor? Basuh dan diang tepi api. Kasut Bata BM2000 saya pakai masa darjah 4. Gembira tak terkira dapat kasut jenama itu. Terfikir juga ayah cuma penoreh getah. Dapat duit RM180 saja dari paysheet yang saya baca.
Memang puas hati biala ayah belikan kasut ini
Bila dah sekolah menngah, tiada lagi meminta itu ini sebab saya dapat biasiswa
BKP. Alhamdulillah. Duit itu digunakan
untuk membayar yuran dan membeli buku rujukan. Nak jumpa guru biasiswa pun
malu. Melihat ayah balik dgn peluh dan penat menoreh, saya jadi tak sampai hati
nak minta macam-macam. Duit belanja
sekolah hanya disimpan. Bawa bekal nasi dengan lauk ala kadar. Kadang-kadang
bawa kuih saja. Cukup la. Makan dengan
kawan2 di belakang Blok D. Gembira rasanya. Ya la ... belajar berjimat. Cuma
sesekali pergi ke kantin untuk makan nasi lemak atau cucur udang. Itu pun kerana saya pengawas bertugas memang dibenarkan
keluar 10 minit awal ke kantin. Jika
tidak, saya lebih suka memilih menikmati bekalan yang dibawa ke sekolah. Kesian ayah dan mak yang Cuma menoreh getah dan
petangnya pula ke kebun lagi untuk mengutip getah buku atau getah skrap.
Pada hari
cuti, saya suka duduk di tingkap nako yang dibuka luas menunggu ayah lalu depan
rumah. Saya nak tengok berapa plastik susu getah yang ayah bawa ke setor getah.
Kadang-kadang dua plastik penuh yang diletakkan di depan dan di belakang
motorsikal. Kadang-kadang cuma satu plastik saja. Kami yang perempuan memang tidak dibenarkan menorah
(takut pokok rosak …hehe) dan hanya dibenarkan kutip skrap sahaja, itu pun hari
cuti sekolah. Bila ada kesempatan bersembang, saya tanya juga pada mak mengapa
susu getah yang ayah dapat tak banyak macam orang lain? Sekali sekala saja saya
Nampak plastik yang penuh dan diangkut dua kali ke setor. Mak pernah kata dengan melawak, “nak banyak?
Boleh. Kita campur dengan air.” Tapi, mak kata, “tak usah le nak buat macam
itu. Itu namanya menipu. Dengan susu
getah tu le mak dengan ayah nak bagi kamu semua makan. Biar le halal.” Saya
terdiam.
Sememangnya
ayah juga tau apa saya suka. Setiap kali saya pulang bercuti semester pula,
ayah tak lupa belikan laksa yg saya suka. Turun bas saja, saya nampak ayah dah
menanti di dewan orang ramai. Ketika sihatnya, subuh dan maghribnya hanya di
masjid. Sesekali kalau ayah solat
maghrib di rumah, ayah yang mengajar kami mengaji Quran. Waktu-waktu yang lain, emak yang mengajar
mengaji. Tiga rotan mak yang tersisip di
dinding adalah penggerak utama kami mengaji … Sungguh lucu bila mengenangkan
kembali kisah kanak-kanak. Pernah juga emak
berpesan kepada saya supaya mengajar sendiri anak-anak mengaji Quran. Belajar mengaji Quran dengan atuk, opah, ayah
dan mak bagai mengalirkan aura ke jiwa saya.
Begitulah kenangan yang tersimpan hingga kini. Kenangan yang ayah
tinggalkan ...rebana, ukiran rumah, lagu2 dari paluan rebana masih terngiang-ngiang
begitu juga lagu Jepun lama, jenaka ayah mengusik mak dan panggilan nama manja
cucu2nya.
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment