Powered By Blogger

Saturday, November 19, 2011

Kunci Kereta Hilang

Kunci kereta tinggal satu. Satu lagi dah hilang sebab cuai sikit masa pergi Pekan Sehari hari Ahad. Dah beli semua keperluan dapur teringin pula nak beli ikan masin.  Singgah di situ dan letakkan semua beg plastik. Lupa akhirnya kunci yang kusangkutkan di jari entah ke mana perginya.  Masa nak balik dan ambik balik semua beg plastik, alih-alih kunci kereta tak ada di tangan. Itu lah...ingatkan kalau ada di jari senang sikit nak buka kereta. Cepat. Rupa2nya jadi lain.
Yang kes kedua ni pulak cuai juga.  Tak pernah-pernah dibuat buka but kereta dan tinggalkan kunci sementara mengeluarkan barang. Bila barang2 dah dibawa keluar terus sahaja 'menghempas' but kereta dan beredar.  Mujurlah ada orang bertanggungjawab serahkan kunci kereta tu pada kawan saja.  Kalau tidak...dengan kereta kereta mungkin hilang! Lindungiilah... Apapun terima kasih kepada Siva yang jumpa dan Laili yang menyimpankan kunci tu untuk saya. Alhamdulillah. senang hati.

Saturday, November 05, 2011

Malam 10 Zulhijjah 1432H

Sup Kepala Ikan Jenahak untuk makan tengah hari tadi memang membuka selera

Daging Masak Hitam di kuali

Nasi himpit Adabi sudah siap dimasak dalam bungkusan kecil sesuai dipotong empat sahaja

Ini kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk kasar
Nasi himpit dah siap masak. Cuma gunakan satu setengah kampit sahaja guna jenama Adabi. Wangi bau daun pandan. Kacang tanah dah siap ditumbuk kasar. Tak nak blend sebab nak kekalkan keaslian rasa kacang yang rangup. Lepas solat isyak nanti baru masak kuah kacang pulak. Mak dah ambil tugas masak rendang. Daging masak hitam tu dan nasi himpit dah jadi menu wajib setiap kali hari raya puasa dan hari raya haji.  Anak cucu berselera makan. Lemang dah siap dibeli pagi tadi lebih kurang pukul 11.30 pagi.  Biasanya kalau beli lemang pada makcik tu, dua tiga hari pun elok lagi. Kalau rajin dan mata tak mengantuk, boleh masak kek coklat sebiji.  Kek coklat kukus lebih sedap daripada kek coklat yang dibakar dalam oven.  Teksturnya halus, lembut dan lebih lembab.  Dah banyak kali juga buat kek kukus ni.  Kalau dah dihidang, ehmmmm cepat je habis.  Rasa-rasanya jarang ada kanak-kanak waima orang dewasa sekalipun tak suka kek coklat ni kalau rasanya enak.  Jadi, saya pun cuba pelbagai resipi kek coklat. Bukan sahaja resepi malah kaedah memasak pun kena bertukar-tukar juga, Itu kira ada R & D le tu.  Ehhhh....bukan perindustrian je ada r & d, lain-lain pekerjaan pun perlu ada R & D kalau nak maju!

Tapi ada yang tak sedapnya. Tengah seronok tengok siaran tv Salam Baitullah yang dihostkan oleh Dr. Ridzuan Tee Abdullah dengan Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, lagu rancak menggema pulak ntah dari mana. Baru teringat...rupa-rupanya Dataran Klah Homestay yang dihias indah itu untuk konsert . Mcm mana boleh jadi macam tu???   Gitu lah...kita hidup bermasyarakat bermacam budaya pulak. Masing2 menegakkan hak duduk di bumi Malaysia ini.

Ohhh dah pukul 11.00 malam. Kuah kacang sedang mendidih di dapur.  Sekejap lagi masak.

 


Thursday, November 03, 2011

Sasaran Kerja Tahunan 2011

Semasa berada di Jogjakarta
Mata dah mengantuk sangat.  Sekarang dah jam 11.20 malam. Waktu yang sepatutnya aku dah masuk tidur.  SKT baru je siap. Tak siap edit pun. Tak apalah...besok pagi ada masa lagi nak edit sebelum menghantarnya kepada Penolong Kanan.  Rasa-rasanya cukup dah maklumat tu cuma ada tarikh yang tak ingat sebab buku catatan tertinggal di sekolah.  Oh ya...ada ruangan tertinggal untuk diisi tarikh dan tandatangan pada satu borang SKT.  Hai....rasanya masa tu semua dah lengkap tapi tak juga...Cukuplah dulu...besok cerita yang lain pulak.

Tuesday, November 01, 2011

Majlis Graduasi MAPP Tingkatan 6

Majlis diadakan pada 1 November 2011 bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh. Dua buah bas ditempah khas untuk membawa pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas dan perwakilan pelajar tingkatan 6 Bawah.  Perjalanan pergi diringi hujan lebat sekejap-sekejap tetapi saat perjalanan pulang hujan lebat sepanjang perjalanan.

Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sungkai, Puan Hajah Rohani bt Abd Hamid yang belum pun setahun berkhidmat di sekolah ini.  Suasana meriah dan santai sahaja. Pentadbir yang hadir termasuklah saya, Puan Fatimah Mamat (GK Teknologi dan Vokasional) dan PK Tingkatan 6, Haji Nazeri Harun.  PK1, Encik Aziz dan PK Kokurikulum, En, Zuhairi menghadiri taklinat RO dan Ketua Pengawas SPM di Bukit Jana, Kamunting.

Makan apa tadi? Saya cuma makan bihun goreng, nugget, puding, kek coklat, rojak buah dan kopi. Entah...cepat sangat kenyang. Rugi, kan? Tak apa lah, bagi depa yang 2 buah bas tu makan.  Stop dulu dah jam 11.00 malam. Berita di radio kedenganran. Jumpa lagi. Mata aimasho ne.


Baru je sampai ni...bersama Puan Fatimah Mamat dan Pn. Hjh Rohani Abd Hamid (Pengetua)

Bersama-sama dengan Puan Fatumah Mamat (GKVokasional dan Teknologi)

Suka tengok!

Juru acara:  Mohd Razif dan Azmira

Sebahagian pelajar tingkatan 6 Bawah

Pengetua sedang menyampaikan ucapan perasmian majlis

PK Tingkatan 6, Haji Nazeri Harun