Powered By Blogger

Saturday, November 19, 2011

Kunci Kereta Hilang

Kunci kereta tinggal satu. Satu lagi dah hilang sebab cuai sikit masa pergi Pekan Sehari hari Ahad. Dah beli semua keperluan dapur teringin pula nak beli ikan masin.  Singgah di situ dan letakkan semua beg plastik. Lupa akhirnya kunci yang kusangkutkan di jari entah ke mana perginya.  Masa nak balik dan ambik balik semua beg plastik, alih-alih kunci kereta tak ada di tangan. Itu lah...ingatkan kalau ada di jari senang sikit nak buka kereta. Cepat. Rupa2nya jadi lain.
Yang kes kedua ni pulak cuai juga.  Tak pernah-pernah dibuat buka but kereta dan tinggalkan kunci sementara mengeluarkan barang. Bila barang2 dah dibawa keluar terus sahaja 'menghempas' but kereta dan beredar.  Mujurlah ada orang bertanggungjawab serahkan kunci kereta tu pada kawan saja.  Kalau tidak...dengan kereta kereta mungkin hilang! Lindungiilah... Apapun terima kasih kepada Siva yang jumpa dan Laili yang menyimpankan kunci tu untuk saya. Alhamdulillah. senang hati.

Saturday, November 05, 2011

Malam 10 Zulhijjah 1432H

Sup Kepala Ikan Jenahak untuk makan tengah hari tadi memang membuka selera

Daging Masak Hitam di kuali

Nasi himpit Adabi sudah siap dimasak dalam bungkusan kecil sesuai dipotong empat sahaja

Ini kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk kasar
Nasi himpit dah siap masak. Cuma gunakan satu setengah kampit sahaja guna jenama Adabi. Wangi bau daun pandan. Kacang tanah dah siap ditumbuk kasar. Tak nak blend sebab nak kekalkan keaslian rasa kacang yang rangup. Lepas solat isyak nanti baru masak kuah kacang pulak. Mak dah ambil tugas masak rendang. Daging masak hitam tu dan nasi himpit dah jadi menu wajib setiap kali hari raya puasa dan hari raya haji.  Anak cucu berselera makan. Lemang dah siap dibeli pagi tadi lebih kurang pukul 11.30 pagi.  Biasanya kalau beli lemang pada makcik tu, dua tiga hari pun elok lagi. Kalau rajin dan mata tak mengantuk, boleh masak kek coklat sebiji.  Kek coklat kukus lebih sedap daripada kek coklat yang dibakar dalam oven.  Teksturnya halus, lembut dan lebih lembab.  Dah banyak kali juga buat kek kukus ni.  Kalau dah dihidang, ehmmmm cepat je habis.  Rasa-rasanya jarang ada kanak-kanak waima orang dewasa sekalipun tak suka kek coklat ni kalau rasanya enak.  Jadi, saya pun cuba pelbagai resipi kek coklat. Bukan sahaja resepi malah kaedah memasak pun kena bertukar-tukar juga, Itu kira ada R & D le tu.  Ehhhh....bukan perindustrian je ada r & d, lain-lain pekerjaan pun perlu ada R & D kalau nak maju!

Tapi ada yang tak sedapnya. Tengah seronok tengok siaran tv Salam Baitullah yang dihostkan oleh Dr. Ridzuan Tee Abdullah dengan Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, lagu rancak menggema pulak ntah dari mana. Baru teringat...rupa-rupanya Dataran Klah Homestay yang dihias indah itu untuk konsert . Mcm mana boleh jadi macam tu???   Gitu lah...kita hidup bermasyarakat bermacam budaya pulak. Masing2 menegakkan hak duduk di bumi Malaysia ini.

Ohhh dah pukul 11.00 malam. Kuah kacang sedang mendidih di dapur.  Sekejap lagi masak.

 


Thursday, November 03, 2011

Sasaran Kerja Tahunan 2011

Semasa berada di Jogjakarta
Mata dah mengantuk sangat.  Sekarang dah jam 11.20 malam. Waktu yang sepatutnya aku dah masuk tidur.  SKT baru je siap. Tak siap edit pun. Tak apalah...besok pagi ada masa lagi nak edit sebelum menghantarnya kepada Penolong Kanan.  Rasa-rasanya cukup dah maklumat tu cuma ada tarikh yang tak ingat sebab buku catatan tertinggal di sekolah.  Oh ya...ada ruangan tertinggal untuk diisi tarikh dan tandatangan pada satu borang SKT.  Hai....rasanya masa tu semua dah lengkap tapi tak juga...Cukuplah dulu...besok cerita yang lain pulak.

Tuesday, November 01, 2011

Majlis Graduasi MAPP Tingkatan 6

Majlis diadakan pada 1 November 2011 bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh. Dua buah bas ditempah khas untuk membawa pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas dan perwakilan pelajar tingkatan 6 Bawah.  Perjalanan pergi diringi hujan lebat sekejap-sekejap tetapi saat perjalanan pulang hujan lebat sepanjang perjalanan.

Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sungkai, Puan Hajah Rohani bt Abd Hamid yang belum pun setahun berkhidmat di sekolah ini.  Suasana meriah dan santai sahaja. Pentadbir yang hadir termasuklah saya, Puan Fatimah Mamat (GK Teknologi dan Vokasional) dan PK Tingkatan 6, Haji Nazeri Harun.  PK1, Encik Aziz dan PK Kokurikulum, En, Zuhairi menghadiri taklinat RO dan Ketua Pengawas SPM di Bukit Jana, Kamunting.

Makan apa tadi? Saya cuma makan bihun goreng, nugget, puding, kek coklat, rojak buah dan kopi. Entah...cepat sangat kenyang. Rugi, kan? Tak apa lah, bagi depa yang 2 buah bas tu makan.  Stop dulu dah jam 11.00 malam. Berita di radio kedenganran. Jumpa lagi. Mata aimasho ne.


Baru je sampai ni...bersama Puan Fatimah Mamat dan Pn. Hjh Rohani Abd Hamid (Pengetua)

Bersama-sama dengan Puan Fatumah Mamat (GKVokasional dan Teknologi)

Suka tengok!

Juru acara:  Mohd Razif dan Azmira

Sebahagian pelajar tingkatan 6 Bawah

Pengetua sedang menyampaikan ucapan perasmian majlis

PK Tingkatan 6, Haji Nazeri Harun

Thursday, October 27, 2011

Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme

Hari kedua seminar sebelum slot ceramah bermula.  Dari kiri: Suria, Norazlina, Noreha dan Fatimah.

Tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama Setiasuaha Politik Perdana Menteri, Dato' Haji Sahlan bin Ismail pada hari terakhir seminar.
Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme 1Malaysia telah diadakan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, Selangor Darul Ehsan selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Oktober 2011. Seramai kira-kira 200  peserta menghadiri seminar tersebut. Mereka terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan dan Kaunselor sekolah dari daerah Batang Padang, Hilir Perak dan Kinta Selatan.
Penceramah utama ialah Dato' Hj, Sahlan Ismail, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.  Dato' Haji Sahlan dalam ceramahnya lebih berfokus kepada penjelasan kosep 1Malaysia.  Panjang lebar ceramahnya yang bersambung-sambung selama tiga hari. Sesi sebelah malam pada hari pertama dan kedua berlarutan sehingga hampir jam 12 malam. Tapi saya yang mendengarnya tidak mengantuk kerana beliau membawa pendekatan yang strategik dan menarik.  Ooohhhh... bukan mudah nak menarik perhatian 200 peserta untuk mendengar ceramah kalau ilmu, kebijaksanaan tak penuh di dada! Namun, Dato' Hj. Sahlan memiliki semua itu. Cakap Melayu, Jawa, Indonesia, Sarawak, Sabah oooohhh boleh belaka. Kena pulak la dialeknya. Hebatlah Dato'!  Cakap bukan sebarang cakap.  Setiap pernyataan ada dalil yang menyokong. Tak boleh cakap bagi kenyataan sembarangan. 

Selama tiga hari di INFRA, saya berpuas hati dengan layanan pihak penganjur termasuk makan dan penginapan. Tiga hari jadual seminar agak padat. Solat berjemaah di surau serta kuliah maghrib dan subuh bukan sekadar mengimarahkan surau tapi mempertaut ikatan persaudaraan Islam dan perpaduan ummah. Hati akan bersatu bila ada nur dan roh Islam di hati setiap insan Muslim. Sesekali beriadah dalam kumpulan yang besar memang menyeronokkan. Tontonlah video ini. Video ini menceritakan segala-galanya walaupun tidak 100 peratus aktiviti seminar terakam di sini.

Mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008), Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin

Kunci kejayaan ialah 'wisdom' (kebijaksanaan), jiwa yang besar dan 'sharpen the saw'
Dua penceramah yang lain ialah Dato' Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008).  Dato' Salleh menceritakan perkembangan semasa tentang indeks jenayah di Malaysia dan segala yang berkaitan dengan isu keselamatan negara di bawah bidang kuasanya.  Tan Sri Aziz dalam bicara yang lembut sopan membawa peserta merenung kemelut dan perjuangan Melayu dari dahulu hingga sekarang dan bagi beliau 'ilmu dan kebijaksanaan' kunci utama untuk membawa negara ini ke era kemajuan.  Tugas ini terpikul di bahu pentadbir sekolah juga!

Saturday, October 22, 2011

Ketahui teknologi nano

Teknologi nano juga dikenali dalam ringkasan sebagai nanotek) merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air. Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
  • satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
  • dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
  • tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.
 Sejarah teknologi nano

Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.
Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959.
Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."
Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.
Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.
Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh.
Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam 'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain, sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam kemajuan kepada matlamat nanoteknologi.
Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki "Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak."
Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
  • risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
  • risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
  • risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Kegunaan teknologi nano
Nanoteknologi memberikan banyak penggunaan dan manfaat kepada manusia melalui perubatan, komunikasi, pembuatan dan semua aspek kehidupan masyarakat moden. Cuba anda bayangkan suatu hari nanti semua maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia mampu disimpan dalam komputer sebesar jam tangan, baju yang terkoyak bercantum sendiri dan cat rumah yang berubah warna pada masa tertentu. Alat mikroskop yang sangat kecil boleh melalui sistem darah manusia bagi mengesan punca penyakit dan melaksanakan pemulihan awal dan mampu mengesan pencemaran persekitaran dan makanan pada tahap yang lebih baik. Bahan dengan sifat luar biasa yang sangat ringan dan lebih kuat daripada keluli pula boleh digunakan untuk membuat kereta, kapal angkasa, bangunan dan ciptaan lain yang lebih baik. Sama ada kita sedar atau tidak, semua benda yang wujud di keliling kita semakin hari semakin kecil, ringan dan sukar dilihat.

Sumber:
http://www.majalahsains.com/2009/11/nanoteknologi-ilmu-yang-mengubah-kualiti-kehidupan-manusia/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nanoteknologi








  

    Individu yang tidak sesuai derma darah

    Individu yang tidak sesuai menderma darah:
    • menjalin hubungan seks rambang dengan bertukar-tukar pasangan.
    • melanggan pekerja seks (pelacur)
    • menjalin hubungan sejenis (homoseksual)
    • menjalin hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    • menyalahkan dadah secara suntikan
    • mereka yang disahkan dijangkiti hepatitis B atau C, penyakit kelamin, AIDS (HIV positif) dan penyakit sebaran darah lain
    • mereka yang mempunyai hubungan seks dengan mana-mana kumpulan di atas
    • mereka yang menghidap penyakit seperti talasemia, hemofilia, tekanan darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung.
           Sumber:  Laman web rasmi Pusat Darah Negara

    Muammar Gaddafi Killed

    On October 20th, 2011, long-time Libyan dictator Muammar Gaddafi was captured and killed while hiding in a drainage pipe in his hometown of Sirte, Libya  Muammar Gaddafi has been killed after National Transitional Council fighters overran loyalist defences in the toppled Libyan leader's hometown and final stronghold of Sirte. But questions remained on Thursday over the circumtances of Gaddafi's death as footage appeared to show he had been captured alive, following an apparent attempt to flee the besieged coastal city in a convoy which came under fire from French warplanes and a US drone aircraft.  Other footage showed Gaddafi's lifeless and bloodied body being dragged along a road.



     

    Friday, October 21, 2011

    Diet dan Jenis Darah

    AMALAN  pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi. Mengamalkan pemakanan berjadual mengikut jenis diet tertentu kini menjadi trend di kalangan masyarakat. Ada yang mengamalkannya secara melulu, sebahagian lagi menjadikan internet sebagai rujukan.  Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.  Bagaimanapun pakar pemakanan menolak dakwaan D’Adamo kerana menurut mereka BTD tidak diiktiraf secara saintifik. Mengapa berlaku percanggahan ini.

    Teori diet D'Adamo tidak diiktiraf
    DIET mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.
    TAN menunjukkan amalan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.  Ia adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat berasaskan kajian saintifik.

    Evolusi teori kumpulan darah yang digunakan D’Adamo adalah berasaskan kajian oleh William C Boyd seorang antropologi darah yang membuat kajian mengenai kumpulan darah. Dalam buku tulisan Boyd, Genetics and the races of man: An introduction of blood groups, physical anthropology diterbitkan pada 1950, Byod menerangkan bagaimana analisis genetik terhadap kumpulan darah dan bangsa seseorang itu boleh membezakan genetik. Daripada pemahaman inilah, Boyd mengagihkan populasi dunia kepada 13 bangsa.  Kemudian, D’Adamo mengagihkan pula 13 perbezaan itu bersama-sama dengan jenis darah dengan setiap jenis darah dalam 13 kumpulan itu memerlukan diet yang berbeza.

    Bagaimanapun BTD yang dirumuskan berdasarkan teori D’Adamo tidak diiktiraf secara saintifik kerana ia diandaikan mengikut teori tindak balas kimia lectin iaitu sejenis protein dalam makanan yang mana jenis darah diprogramkan secara genetik untuk menerima atau menolak.  Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.  Namun, itu hanyalah teori tanpa asas saintifik. Persoalannya, mengapa ia menjadi ikutan? Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Tan Shy Pyng berkata, untuk kurus dan kekal langsing membuatkan manusia sanggup berbuat apa saja. Malah, pelbagai formula kurus dicipta dan disebarkan secara meluas melalui media terutama internet membuatkan ramai berani mencuba.

    “Ada banyak jenis diet antaranya Diet Atkin, BTD dan banyak lagi namun ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang mengamalkan pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan.  “Mereka percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu meningkatkan pengambilan protein.

    “Tapi, menurut pandangan pakar pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat. Mungkin yang mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang terjadi tidak normal dan memudaratkan,” katanya.  Pengambilan protein berlebihan boleh menyebabkan ia berkumpul menjadi urea dan creatinine (bahan kumuh). Jumlah pengambilan protein yang banyak akan membebankan buah pinggang dan lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi organ itu.

    “Biasanya masalah berkenaan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya.  BTD juga diperkenalkan bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi ia turut disyorkan pada pesakit kanser. Secara asasnya, pesakit kanser sememangnya memerlukan protein dan kalori tapi jumlah kalori yang banyak akan menyebabkan sistem imun hilang.

    “Sebagai penyelesaian, jika seseorang ingin mengurangkan berat badan, cara yang paling betul adalah mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Perhatikan apakah punca masalah kegemukan? Faktor utama adalah makanan segera dan kurang senaman.

    “Kanak-kanak juga ramai yang mengalami masalah obesiti. Ia disebabkan tabiat mereka yang berubah, tidak aktif, malas bersenam dan memakan makanan segera,” katanya.  Tan berkata, bersenam tidak akan memberikan hasil segera seperti mengamalkan diet atau mengambil pil kurus tapi ia memerlukan tempoh dan kesungguhan. Sebagai permulaan, seseorang yang berbadan besar boleh memulakan senaman seperti jalan kaki atau joging.

    “Kami juga menggalakkan pesakit yang datang berjumpa pakar pemakanan menukar gaya hidup mereka yang kuat makan atau makan makanan tidak sihat, kurang bersenam atau masalah genetik.

    “Mereka yang aktif tapi masih gemuk biasanya disarankan mengurangkan pengambilan karbohidrat supaya apabila bersenam, tenaga yang bertukar menjadi lemak akan terbakar.

    “Selain itu, mereka juga perlu tukar cara pemakanan. Cara masakan dan kuantiti mempengaruhi. Jika sebelum ini suka masakan bersantan, selepas ini amalkan makanan sup atau tanpa santan,” katanya.

    Kata Tan, jika sebelum ini mereka yang mengalami masalah kegemukan sering putus asa untuk menjalani rawatan menguruskan badan, tapi Tan memberi jaminan bahawa genetik dan tahap metabolisme boleh bertukar.

    “Amalkan gaya hidup aktif kerana lemak yang degil lama kelamaan jika sentiasa dibakar akan menjadi tenaga dan secara perlahan-lahan akan menukar tahap metabolisme badan,” katanya.  Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, orang ramai yang ingin mencuba MTD sepatutnya membuat penyelidikan lebih lanjut dan tahu mengapa diet ini perlu diambil.  Katanya, dalam amalan pengambilan nutrisi, tidak ada bentuk pemakanan yang diambil berasaskan kumpulan darah. Diet boleh dibuat mengikut jantina, usia dan aktiviti harian tetapi bukan mengikut kumpulan darah.

    “Untuk mendapatkan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan haruslah berpandukan nutrisi pemakanan yang diperlukan. Panduan jenis pemakanan boleh dibuat mengikut saranan Kementerian Kesihatan dan Panduan Pemakanan Malaysia,” katanya.  Dr Tee berkata, mengamalkan diet mengikut jenis darah hanya akan membuatkan seseorang itu tertumpu pada jenis makanan tertentu saja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat nutrisi secukupnya dan kekurangan zat tertentu.  Keadaan ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada masalah kesihatan lebih kronik. Misalnya kekurangan asid folat, vitamin B6 atau B12 yang boleh meningkatkan tahap homocysteine (kompaun yang terhasil apabila protein makanan dipecahkan dan diproses) dalam darah.  Ada teori yang mengatakan jika tahap homocysteine meningkat, risiko terhadap masalah jantung juga tinggi.
     


    Diet untuk darah jenis A
    Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

    Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

    Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

    Diet untuk darah jenis B
    Individu darah jenis B lebih fleksibel.
    Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

    Diet golongan darah jenis AB
    Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

    Diet untuk darah jenis O
    Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.  Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

    Rujukan:

    Thursday, October 20, 2011

    Jenayah Harta Benda dan Faktor-faktornya

    Karangan A

    Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada jenayah harta benda serta faktor yang mendorong perlakuan tersebut.  Huraikan pendapat anda tentang  faktor-faktor yang mendorong seseorang itu melakukan jenayah harta benda.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Pendahuluan:
    Jenayah merupakan perbuatan melanggar undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa – jenayah harta benda melibatkan aktiviti mencuri dan pecah rumah, curi kenderaan serta ragut – seseorang itu melakukan jenayah harta benda disebabkan oleh beberapa faktor.

    Cadangan isi:
    1.  Berlaku akibat kesempitan hidup – kemiskinan yang dihadapi oleh seseorang mendorongnya melakukan kegiatan jenayah sebagai jalan yang mudah untuk mendapatkan wang.
    2.  Sikap orang ramai yang cuai, leka dan tidak berhati-hati – tidak mengunci rumah dan kenderaan dengan baik, meninggalkan rumah dan kenderaan dalam jangka masa yang panjang dan memakai barang kemas dengan ketara.
    3.  Kurang didikan agama – mereka mudah terpengaruh oleh pujukan rakan-rakan – mengaburi mata dengan wang dan kemewahan yang bakal dikecap hasil daripada perbuatan jenayah.

    Penutup
    Segala usaha pihak polis dalam membanteras jenayah harta benda tidak akan berkesan jika tidak mendapat kerjasama daripada masyarakat – faktor-faktor yang mendorong seseorang melakukan jenayah tersebut perlu dihapuskan agar kadar jenayah harta benda dapat dikurangkan.

    Peringatan kepada calon:
    Calon perlu memahami maksud jenayah harta benda dan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan jenayah harta benda.



    Sunday, August 07, 2011

    Hari ni di rumah aje...

    Alhamdulillah...hari ni aku sihat walafiat. Hari ke-7 berpuasa. Aktiviti pagi tak banyak cuma lipat kain, basuh bilik air tp nak ngemas bilik tak jadi pulak. Petang...kena memasak untuk berbuka. Petang ni buat tomyam campur, masak kicap hati ayam +mempedal ayam, sambal macang tapi tak ada kuih sebab tak keluar beli kuih. Yang penting, tak membazir. Sedia makanan secukup jumlah orang dlm rumah, udah le. Berbuka sudah, solat maghrib pun sudah. Lepas ni, nak prepare utk ngajar besok. Stop dulu.

    Wednesday, June 08, 2011

    Teori Adler


    LATAR BELAKANG TEORI ALFRED ADLER

              Afred Adler mengemukakan beberapa perkara penting yang terdapat dalam teori personaliti Freud. Antaranya mimpi dan pengalaman kanak-kanak mempengaruhi tingkah laku seorang dewasa. Sistem personaliti merupakan sistem yang berkembang serta pernyataan luaran berkait dengan masalah-masalah yang terpendam di alam bawah sedar.
              Manusia sebagai makhluk sosial berkeinginan untuk berhubungan dengan ahli masyarakat yang lain untuk memperolehi matlamat tertentu. Keinginan tersebut bukan semata-mata didorong oleh keperluan ataupun desakan seks semata-mata. Keinginan tersebut menampilkan seseorang itu sebagai individu yang berbeza dengan orang lain atau unik. Bagi Adler, tujuan utama seseorang itu bertingkah laku adalah untuk memperoleh rasa selamat dan mengatasi masalah inferioriti.
              Pusat personaliti seseorang itu berasal dari alam sedar. Apabala menyedari dengan jelas, seseorang itu akan mengarahkan dirinya untuk bertingkah laku. Antara usaha untuk mengatasi masalah rendah diri ialah dengan mendorong diri ke arah kreativiti. Usaha yang ditunjukkan ini memberi tafsiran kepada kita bahawa manusia bukanlah suatu makhluk yang pasif ataupun menyerah kepada nasib semata-mata seperti yang diterapkan dalam teori personaliti Freud.
    Perkembangan personaliti berpusat kepada aspek-aspek dalaman individu. Kelebihan yang terdapat dalam aspek ini ialah kendiri kreatif yang berfungsi untuk mentafsir semua pengalaman yang dipunyai oleh individu. Apabila dibandingkan dengan teori personaliti yang dikemukakan oleh Freud, teori personaliti yang dikemukakan oleh Adler tidak mengandungi sebarang konsep yang agak kontroversial.
    Matlamat teori ini agak jelas untuk menggalakkan perkembangan individu, keluarga dan masyarakat ke arah kehidupan demokrasi yang berlandaskan kerjasama dan persamaan sosial. Pendekatan ini mengimbangkan keperluan individu secara optima dan tanggung jawab sosial kepada masyarakat. Oleh itu, teori personaliti yang dikemukakan oleh Adler merupakan teori personaliti yang pertama menyentuh aspek kesihatan mental.    

    KONSEP-KONSEP ASAS TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER

    Terdapat enam konsep utama dalam teori personality Alfred Adler iaitu :  
     I.    Kendiri kreatif
    II.    Gaya hidup
    III.    Minat sosial
    IV.    Perasaan Inferio dan pampasan
    V.    Superioriti
    VI.    Fictional Finalism

    Kendiri Kreatif

              Penemuan Alfred Adler adalah sangat besar dalam bidang psikologi. Kemuncak huraiannya ialah Teori Personaliti iaitu kendiri kreatif yang dipunyai oleh setiap manusia yang normal. Kendiri kreatif menjadikan seseoarang mempunyai personaliti yang teragung dan ia juga merupakan pengantara di antara ransangan dan gerak balas. Perantara kendiri kreatif boleh diaktifkan seoptima yang mungkin. Kendiri kreatif mewarnai seluruh kehidupan seseorang individu serta ia juga menjadi penentu utama masa depan kepada seseorang individu dalam usahanya untuk mencapai sesuatu yang dihajatinya.

    Gaya Hidup

              Matlamat utama kehidupan seseorang individu ialah nirwana kendiri ataupun kesempurnaan. Seserang individu akan berusaha untuk mencapai cita-cita melalui tingkah laku yang spesifik. Setiap individu mempunyai perwatakan, perangai dan tabiat spesifik yang berbeza. Perbezaan ini digelar sebagai gaya hidup. Untuk memahami perbezaan gaya hidup ia hendaklah dirujuk kembali kepada konsep inferioriti dan keseimbangan. Contohnya bayi mengalami inferioriti dengan memberi perangsang untuk menjadi seorang yang ringan tulang dan tidak bergantung kepada orang lain. Bagi memperolehi keseimbangan tersebut, seseorang kanak-kanak memerlukan satu set tingkah laku.
              Set tingkah laku terbentuk dengan memberi keseimbangan terhadap inferioriti yang dialami. Aktiviti ataupun kegiatan yang dilakukan dikenali sebagai pasti ataupun dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang. Gaya hidup juga boleh dipelajari daripada interaksi sosial pada masa kanak-kanak. Gaya hidup terbentuk dengan nyata dan kekal pada masa kanak-kanak berumur empat ataupun lima tahun. Gaya hidup yang terbentuk ini amat sukar untuk diubah.
    Interaksi sosial sangat penting dilalui oleh kanak-kanak ialah interaksi penghubung kanak-kanak, ibu bapa dan urutan kelahiran. Contonya ialah kealpaan ibu bapa gagal memberikan masa secukupnya kepada anak-anak akan membentuk inferioriti dalam diri kanak-kanak tersebut. Kesannya kanak-kanak sukar meniru dan menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Kanak-kanak tersebut juga mudah mempunyai perasaan balas dendam dan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain dan merasakan apa yang difikirkan bersesuaian dengan perkara-perkara yang dilakukannya.
              Dalam konteks ini, Adler telah menganggapn manusia sebagai deterministik iaitu bersamaan dengan anggapan Sigmund Freud. Namun begitu menurut Adler manusia bukanlah mangsa yang sepenuhnya interaksi ataupun ransangan yang diwujudkan semasa interaksi sosial. Beliau juga mengaitkan tanggapan ini dengan konseo-konsep kendiri kreatif.

    Minat Sosial

              Konsep merujuk kepada potensi dalaman individu untuk bekerjasama dengan orang lain bagi mencapai matlamat peribadi dan masyarakat (Ansbacher dan Ausbacher,1956). Adler mempercayai hidup bersama orang lain ataupun bermasyarakat merupakan perkara utama yang harus dicapai dalam kehidupan.
    Tahap penyesuaian sosial merupakan sebahagian gaya hidup seseoarang mempengaruhi cara-cara kita untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Menurut Adler, seseorang lebih dipengaruhi unsur sosial berbanding dengan unsur-unsur biologi. Potensi minat sosial terdapat dalam diri setiap individu. Untuk membangkitkan dan melebarkan minat sosial yang sedia ada dalam diri individu ia bergantung kepada pengalaman sosial semasa kana-kanak.
              Awal kehidupan manusia tidak hidup bersendirian. Seseorang manusia mempunyai keluarga, uak ataupun kaum dan yang seterunya ialah negeri ataupun negara. Ahli komuniti bergantung kepada ahli-ahli yang lain bagi tujuan keselamatan dan kehidupan. Tujuan tersebut menuntut seseorang individu supaya memberi kerjasama dan membenarkan individu mengamalkan minat sosial yang dipunyai untuk menerima dan mencapai matlamat diri dan komuniti.
              Adler telah menegaskan bahawa perlunya dipupuk hubungan yang baik antara si ibu dengan si anak yang baru dilahirkan. Begiti juga dengan hubungan yang konstruktif mengenai kanak-kanak dengan ahli keluarga dan guru-guru ataupun penjaganya. bu adalah orang yang pertama berhubung dengan bayi dan boleh mempengaruhi serta mempertingkatkan minat sosial ataupun merencatkan minat tersebut. Walaubagaimanapun, proses ini bergantung kepada cara bayi menginterprestasikan tingkah laku ibu mereka. Kaedah ini mengingatkan kita kepada konsep kendiri kreatif yang kita huraikan.

    Perasaan Inferior dan Pampasan

              Inferioriti merupakan salah satu istilah psikologi yang berasal daripada kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh Alfred Adler untuk mendalami aspek personaliti manusia. Adler percaya bahawa perasaan inferioriti sentiasa wujud dan memberi motivasi kepada perkembangan personaliti manusia. Inferioriti merupakan perkara umum yang berlaku di kalangan manusia yang tidak menunjukkan tanda kelemahan dan abnormal kepada seseorang individu. Perasaan inferioriti juga merupakan sumber kepada perjuangan manusia dan mewarnakan keseluruhan tingkah laku individu. Perkembangan individu merupakan hasil daripada usaha kita untuk mengimbangi perasaan inferioriti.
    Proses inferioriti bermula sejak bayi lagi. Bayi kecil ( fizikalnya ) adalah bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa khususnya ibu bapa mereka. Seorang bayi mula menyedari kekuatan yang dipunyai oleh penjaga mereka di samping kelemahan yang menghantui dirinya. Adalah sukar bagi seorang bayi untuk mencabar sumber kekuasaan orang dewasa. Kesannya, seseorang bayi mula mengembangkan perasaan inferioriti yang relatifnya bergantung kepada kekuatan orang dewasa yang ada disekelilingnya.
    Pengalaman ini dilalui oleh setiap individu yang tidak boleh diwarisi secara genetik. Pengalaman ini adalah hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Inferioriti bukan sahaja merupakan jalan keluar daripada tekanan yang dihadapi oleh bayi tetapi juga merupakan satu bekalan semangat untuk berjuang dan berkembang di kemudian hari .
    Kadang kala proses inferioriti tidak berlaku dengan begitu mudah seperti yang diterangkan. Terdapat beberapa masalah bagi seseorang bayi yang tidak berjaya mengimbangi masalah inferioriti tentang dirinya sendiri. Kegagalan untun mengimbangi perasaan inferioriti menghasilkan inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks merupakan seseorang yang mempunyai pandangan yang sempit terhadap dirinya sendiri dan sukar untuk menyahut cabaran kehidupan, tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Menurut Adler, inferioriti kompleks bermula melalui tiga cara :

    a.   Inferioriti Organik
              Disebabkan oleh kekurangan yang terdapat pada struktur fizikal seseorang yang mengalami kecacatan. Biasanya individu yang mengalami kecacatan fizikal akan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa kecacatan fizikal bukanlah penyebab kepada kegagalan termasuklah mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, aktivis masyarakat ataupun penghibur .

      
    b.   Kemanjaan ataupun tabiat buruk
    Kanak-kanak mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan yang dikatakan menjadi pusat perhatian di rumah. Semua kehendak mereka diikuti oleh orang dewasa, hanya sedikit sahaja kehendak yang tidak dilayan. Akibatnya golongan ini merasakan mereka merupakan individu penting dalam sebarang situasi.
    Mereka beranggapan bahawa orang lain yang ada di sekeliling mereka memberi perhatian yang sepenuhnya kepada mereka. Masalah inferioriti kompleks mula timbul di sekolah ( mungkin pada hari pertama persekolahan ). Apabila kanak-kanak tersebut tidak lagi menjadi pusat perhatian utama seperti di rumah, situasi ini merupakan suatu kejutan yang tidak disangkakan oleh kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tersebut tidak bersedia lagi untuk menerima keadaan ini.
    Kanak-kanak yang mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan seperti mempunyai perasaan sosial yang minima. Kanak-kanak tidak sabar dalam menghadapi sesuatu masalah ataupun desakan apabila berinteraksi dengan orang lain. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu belajar untuk bersabar bagi mendapatkan sesuatu yang mereka mahu.
    Kanak-kanak yang tidak belajar cara menghadapi dan menyelesaikan masalah ataupun menyesuaikan diri dengan kehendak orang lain lain. Apabila berhadapan dengan suasana ini, dalam konteks penghargaan diri kanak-kanak mempunyai sifat kemanjaan atau tabiat buruk yang merasakan mereka mempunyai beberapa bentuk kekurangan diri yang menyebabkan mereka seperti terbuang apabila berhadapan dengan masyarakat. Kesannya inferioriti kompleks akan terbentuk.

    c.    Kanak-kanak yang tidak diterima
             Kanak-kanak yang tidak diterima atau dilupakan kehadiran mereka akan mudah membentuk inferioriti kompleks dalam diri mereka. Kehidupan semasa bayi dan kanak-kanak diwatakkan oleh kekurangan kasih sayang dan keselamatan kerana ibu bapa kerana ibu bapa tidak memainkan peranan yang sepenuhnya. Akhirnya kanak-kanak tersebut  akan merasakan dirinya tidak berguna, pemarah dan tidak mempercayai kepada sesiapa.
                Alfred Adler tidak meninggalkan hujah beliau mengenai inferioriti kompleks begitu sahaja. Sebaliknya, beliau mengemukakan konsep superioriti kompleks. Konsep ini merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengendalikan dirinya sama ada dalam bentuk dalaman ataupun luaran .

    Superioriti

              Konsep asas adalah dikatakan sangat penting dalam teori personaliti yang dikemukakan oleh Alfred Adler. Superioriti ini merupakan hala tuju atau cita-cita yang hendak dicapai dalam kehidupan kita. Ianya bukan bermaksud satu usaha yang menandingi orang lain dan ianya tidak merujuk ataupun menunjukkan perkaitan lansung dengan konsep superiority kompleks. Superioriti bukannya memberi implikasi seseorang itu berusaha untuk mendominasikan orang lain dari segi idea ataupun kebolehan yang bertujuan menonojolkan diri. Jadi, apakah yang dimaksudkan oleh Adler mengenai istilah superioriti tersebut ?
              Menurut Adler, istilah superioriti ataupun kesempurnaan berasal daripada istilah Latin yang bermaksud ‘lengkap’ ataupun ‘selesai’. Jadi, beruasaha ke arah kesempurnaan bermaksud berikhtiar untuk melengkapkan diri secara keseluruhannya. Tujuan kehidupan manusia dalam mengejar dan mencapai keseluruhan potensi diri dan melengkapkan diri kita dengan potensi-potensi tersebut.
             Tujuan murni ini mengorientasikan sikap dan tingkah laku ke arah masa depan. Harapan kita pada masa hadapan ialah memotivasikan manusia. Hanya cita-cita manusia untuk mencapai superioriti ataupun kesempurnaan mampu dan berupaya menerangkan dengan lebih panjang lebar mengenai tingkah laku dan sikap seseorang. Bertentangan dengan huraian oleh Sigmund Freud telah menegaskan tingkah laku dan sikap manusia dipengaruhi dan ditentukan masa yang lalu. Masa yang yang dimaksudkan ialah pengalaman pada zaman kanak-kanak.

    Fictional Finalism

              Alfred Adler telah menghuraikan dengan lebih mendalam konsep superioriti ataupun kesempurnaan. Ia telah memperkenalkan istilah dan konsep Fictional Finalism. Tujuannya ialah ingin mencapai bentuk-bentuk potensi bukannya sesuatu yang realiti dan dipercayai sepenuhnya. Hala tuju merupakan bayangan semata-mata dan ianya sukar bagi diri kita ataupun orang lain yang mengujinya. Hala tuju bersifat subjektif iaitu kehidupan manusia berpaksikan idea-idea yang terdapat dalam fictional finalism.
              Manusia pada asasnya membina dan mengikuti idea-idea tersebut. Kepercayaan kepada cita-cita sebegini bukan sahaja mempengaruhi diri sendiri tetapi orang lain. Umpamanya seseorang manusia mempercayai ada syurga, oleh itu mereka bertindak dan bertingkah laku serta berfikir kearah idea dan kepercayaan tersebut.
              Menurut Alfred Adler, kepercayaan kewujudan syurga bukanlah sesuatu yang realiti. Namun begitu, bagi mereka kepercayaan tersebut merupakan sesuatu perkara yang pasti dan tidak dapat dapat dipertikaikan. Kehidupan manusia yang sebenar dilingkungi oleh tujuan-tujuan dan kepercayaan yang mempunyai ciri-ciri fiksyen. Fiksyen yang utama ialah dominan dalam diri seseorang individu. Konsep atau pun fiksyen mengenai ketuhanan merupakan contoh utama yang dipegang oleh Alfrd Adler dalam menghuraikan konsep fictional finalism.    

                    
     PUNCA MASALAH MENURUT AFRED ADLER

    Adler tidak mengganggap seseorang individu (klien) bermasalah apatah lagi sakit mental tetapi

    i)        Kekurangan galakan dan matlamat tentang cara mendapat kesejahteraan hidup
    Seseorang individu akan mengalami masalah dalam hidupnya apabila dia tidak dapat menentukan cara dan kaedah tertentu sebagai panduan untuk mencapai kesejahteraan hidupnya. Oleh itu, individu tersebut amat memerlukan segala unsur yang boleh menggalakkan bagi mengubahsuaikan persepsi yang silap terhadap pandangan gaya hidupnya. Seterusnya dapat menguntungkan dirinya dalam masyarakat bagi memupuk minat sosial.


    ii)      Wujud matlamat yang salah dalam diri individu
    Matlamat yang salah dalam diri individu perlu diterokai bagi mengenalpasti segala andaian yang tersilap terhadap dirinya. Ini kerana andaian-andaian yang salah menyebabkan individu salah meletak matlamat dan boleh merosakkan dirinya. Oleh itu, ia memerlukan kepada pendidikan, tunjuk ajar, maklumat dan galakan agar perasaan rendah diri diperbetulkan.


    iii)      Perasaan rendah diri yang keterlaluan di samping
    masyarakat

    Menurut Adler, perasaan itu wujud sejak kecil lagi kerana seseorang individu lahir dalam serba kekurangan dibandingkan dengan orang di sekitarnya. Namun, seseorang individu sentiasa bergerak ke arah sesuatu matlamat tertentu untuk mencapai keunggulan diri. Apa yang dimaksudkan dengan keunggulan diri bukan semata-mata untuk kepentingan diri tetapi bahkan sentiasa bergerak untuk mendapatkan perasaan kekitaan dengan mesyarakat.

    PROSES YANG DILALUI

    Terdapat beberapa peringkat proses yang perlu dilalui semasa sesi kaunseling. Antaranya ialah :

    ü  Menggalakkan minat sosial.
    ü  Menolong klien mengatasi perasaan rendah diri.
    ü  Mengubah pandangan dan matlamat klien atau mengubah cara hidup sebelumnya.
    ü  Mengubah dorongan yang salah.
    ü  Membantu dan menolong klien merasakan dirinya sama dengan orang lain.
    ü  Menolong klien menyumbang kepada masyarakat.

    Menurut Adler, proses terapi ini mirip kepada penerokaan matlamat salah yang wujud dalam diri klien itu sendiri, di samping mengenal pasti semua andaian yang tersilap yang wujud. Proses terapi dalam keadaan ini menumpukan kepada beberapa unsur yang penting iaitu:
    a.    Pendidikan
    b.    Tunjuk ajar
    c.    Memberi matlamat dan
    d.    Memberi galakan kepada klien yang berasa rendah diri

    Selain itu, proses terapi ini juga bertujuan untuk mewujudkan gaya hidup yang lebih sejahtera iaitu dengan menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang setaraf dengan ahli keluarga yang lain. Sehubungan dengqn itu juga, proses terapi ini memberi perhatian kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam usaha kita untuk memulihkan diri seorang klien. Antara aspek yang diangap penting itu ialah:

    a.    Perhubungan – perlu wujud perhubungan yang mesra antara kaunselor dengan klien agar segala permasalahan yang dialami oleh klien dapat diselesaikan dengan baik.
    b.    Analisis – iaitu kaunselor mengenal pasti sejauh mana diri klien dipengaruhi oleh gaya hidupnya.
    c.    Wawasan – mentafsir perkara yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan pada diri klien.
    d.    Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang bernas untuk klien.


    MATLAMAT TERAPI DAN KAUNSELING MENURUT 
    ALFRED ADLER

    1.   Mengatasi Perasaan Rendah Diri
              Perasaan rendah diri akan mendorong individu untuk lebih berusaha mengatasinya bagi mencapai rasa superioriti dan kesempurnaan. Ia menumpukan perhatiannya kepada inferioriti anggota. Selain itu, ia juga telah memasukkan perasaan inferior yang muncul lantaran psikologi, sosial dan fizikal ke dalam konsep inferioriti ini.

    2.   Berusaha Kearah Superioriti
              Alfred berpendapat manusia agresif semasa bertindak untuk mencapai matlamat hidupnya. Adler telah mengesyorkan konsep berusaha untuk mencapai kedudukan yang tertinggi bagi menjadi pemimpin dan sebagainya.

    3.   Mendidik Klien Untuk Bersosial
              Minat bersosial perlu dipupuk dalam diri seseoarang klien sejak lahir lagi. Minat untuk bermasyarakat ini wujud bukan sahaja sekadar untuk memenuhi hasrat untuk bermasyarakat.

    4.   Membantu Klien Untuk Berfikir Dengan Matang Dan berkualiti
     Berfikiran matang dapat menjadikan komponen personaliti yang teragung bagi seseorang klien. Berfikiran matang dan berkualiti ini terdapat di antara ransangan yang bertindak balas ke atas individu (organisma ) dan gerak balas yang dilakukannya.

    5.   Gaya Hidup
              Setiap individu akan berusaha ke arah memaksimakan potensi atau keupayaannya, bakatnya dan sebagainya yang ada pada diri seseorang klien.Tidak ada seoarang pun individu yang akan mempunyai gaya hidup yang sama dengan orang lain. Kaunselor juga akan membantu seseorang klien untuk mewujudkan gaya hidup yang lebih sejahtera.

    6.   Menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang setaraf dengan ahli lain dalam masyarakatnya
    ·     Perhubungan – mewujudkan perhubungan yang mesra antara kaunselor dengan klien.
    ·     Analisis – mengenal pasti sejauhmana klien dipengaruhi oleh gaya hidup serta matlamat hidupnya.
    ·     Wawasan – mentafsir wawasan yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan.
    ·     Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang bernas untuk klien.

    7.   Mewujudkan perhubungan melalui empati.

    8.   Membantu klien untuk memahami kepercayaannya, motivasinya dan matlamat yang telah menentukan gaya hidupnya.

    9.   Meneroka dan mentafsir huraian serta laporan yang diberikan oleh klien agar klien ‘ celik akal’.
    10. Klien memahami dan menyedari sebab-sebab mengapa matlamatnya tida kena, mengapa tingakah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya hidunya tidak wajar.

    KESIMPULAN

              Afred Adler atau teorinya yang lebih dikenali sebagai ‘Adlerian’ membawa beberapa konsep yang jelas berbeza dengan aliran Freudian. Beliau memberikan fokus utama terhadap keunikan seseorang individu. Beliau membentangkan kepada pengaruh kesedaran dan realiti yang membentuk personaliti manusia. Manusia juga dipengruhi oleh faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman kanak-kanak dahulu.
              Sebaliknya, perasaan inferioriti merupakan sumber kepada kehidupan dan perjuangan manusia. Perasaan tersebut harus diseimbangkan. Perasaan tersebut adalah akibat  daripada sikap tidak mahu menolong dan pergantungan semasa seseorang itu masih kanak-kanak. Kehidupan seseorang individu berlandaskan kepada matlamat yang tertentu. Beliau menamakan matlamat sebagai ‘Superioriti’ ataupun kesempurnaan.
    Manakala ‘Fictional Finalism’ merujuk kepada idea-idea yang berbentuk fiksyen yang terdapat dalam cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang iaitu kesempurnaan. Begitulah seterusnya idea beliau berkenaan ‘gaya hidup’ yang mana ia akan dipengaruhi oleh oder kelahiran.

     BIBLIOGRAFI

    Amir Awang (1987) “Teori dan Amalan Psikoterapi”. Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

    Gerald Corey (          ). “Theory and Pracytive of Counseling and Psychotherapy.

    Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub (2002). “Teori Personaliti Dari Perseptif Islam, Timur & Barat. PTS Publication & Discributors Sdn. Bhd. Pahang

    WWW. Yahoo. Com, “Teori Personaliti Afred Adler”  Page 1, No 2