Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula rasul tapi
kisah hidupnya diabadikan dalam al-Quran ialah Luqman al Hakim. Ibnu Katsir
berpendapat bahwa nama panjang Luqman ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun
manakala asal-usul Luqman, sebahagian ulama berbeza pendapat. Ibnu Abbas
menyatakan bahawa Luqman adalah seorang tukang kayu dari Habsyi. Riwayat lain
menyebutkan, ia bertubuh pendek dan
berhidung mancung dari Nubah, dan ada yang berpendapat ia berasal dari Sudan. Ulama
lain pula menyebut bahawa Luqman adalah seorang hakim pada zaman nabi Daud.
Kenapa kisah Luqman al – Hakim diceritakan dalam al-Quran? Tidak
lain kerana hidupnya penuh dengan hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati
anaknya tentang hidup .
Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran
dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan
hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati padahal hanya dengan hati bersih
manusia dapat menikmati lazatnya berzikir
anakku. Kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu, dewasa kelak
engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya .
Anakku.ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengusung
jenazah, jangan kau ikut orang orang yang hendak pergi ke majlis perkahwinan
kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan dating sedangkan
majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu duniamu.
Anakku, aku sudah pernah
memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat tapi tidak
pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.
Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit tapi tidak pernah
kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan .
Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam-macam
kesusahan tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah
daripada menanggung hutang.
Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi.
Kalimat itu adalah :
1- Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikirannmu baik-baik
2- Jjika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah
pandanganmu
3- Jika kau berada dalam majlis, jagalah lidahmu
4- Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu
5- Ingatlah Allah selalu
6- Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7- Lupakan budi baik yang kau lakukan pada orang lain
8- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
Antara
nasihat Luqman yang terdapat dalam al-Quran, Surah Luqman ialah:
1).
Tidak melakukan syirik (Luqman [31]:13)
2).
Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa (
Luqman [31]:14)
3).
Allah Maha Mengetahui ( Luqman [31]:16)
4).
Dirikan salat (Luqman[31]:17)
5).
Perbuat amal kebajikan ( Luqman [31]:17)
6).
Jauhi kemungkaran ( Luqman [31]:17)
7).
Sabar menghadapi ujian atau musibah ( Luqman [31]:17)
8).
Jangan sombong ( Luqman [31]:19)
9). Sederhana cara berjalan (Luqman: 19)
10). Melunakkan Suara (Luqman: 19)
Semoga
bermanfaat untuk kita semua.