Hutang isi rumah negara pada 2013 dilaporkan telah
mencecah 86.7% berbanding nisbah Keluaran Dalam
Negara Kasar.
Merujuk kepada data Jabatan Insolvensi Malaysia pula,
seramai 134,550 orang individu diisytihar muflis sepanjang tahun 2007 hingga
Jun 2014. Secara purata, angka ini menunjukkan seramai 68 orang diisytiharkan
muflis setiap hari. Golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan peratusan
tertinggi, iaitu 34.23 peratus, diikuti kumpulan berumur 45 hingga 54 tahun
sebanyak 26.70 peratus, manakala golongan berumur 25 hingga 34 tahun mencatatkan 20.27
peratus.
Utamakan keperluan daripada kehendak |
Langkah penjimatan dan perancangan kewangan sangat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup keluarga. |
Jika dilihat kepada punca muflis pula, data Jabatan
Insolvensi Malaysia, antara tahun 2007 hingga 2013, mendapati hutang disebabkan
oleh sewa beli kenderaan mencatatkan sebanyak 30,452 kes, diikuti pinjaman
perumahan 20,529 kes, pinjaman peribadi sebanyak 18,053 kes dan pinjaman
perniagaan sebanyak 14,431 kes.
Masalah
ini timbul disebabkan mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik. Begitu
juga dengan tahap kesedaran mereka terhadap kesan yang akan dihadapi oleh
mereka apabila tidak membayar hutang. Apabila mereka gagal melunaskan hutang, maka
nama mereka akan disenaraihitamkan. Oleh
itu, apabila mereka ingin membuat permohonan membuat pinjaman
pada masa akan datang, permohonan tersebut tidak diluluskan oleh pihak
institusi kewangan.
Baru-baru
ini, dilaporkan sebanyak 183,486 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) langsung tidak membuat sebarang pembayaran sejak tahun 2010.
Peminjam ini diberi peluang untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik
sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.
Pengetahuan
dan kesedaran tentang pengurusan kewangan perlu diberikan di peringkat
kanak-kanak tadika, pelajar sekolah, mahasiswa pengajian tinggi, pekerja muda
dan semua peringkat umur. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pusat
Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) pada tahun 2012, 47 peratus pengguna
muda berumur 18 tahun hingga 35 tahun menghadapi masalah hutang yang serius.
Manakala, 37 peratus daripada mereka berbelanja di luar kemampuan. Purata
perbelanjaan menggunakan kad kredit pula sebanyak RM702 sebulan. Ini
menunjukkan kehidupan dan kos sara hidup generasi pengguna pada masa kini
semakin mencabar.
Terdapat juga kes penipuan kad kredit melalui penggilan telefon |
Pengguna
perlu bijak dan mencari alternatif bagi mempelbagai sumber pendapatan. Langkah
penjimatan dan perancangan kewangan sangat penting bagi menjamin kesejahteraan
hidup keluarga. Pengguna muda perlu mengatur belanjawan peribadi untuk
keluarga. Amalkan prinsip 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'.
Berikut
ialah beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam menguruskan kewangan, iaitu:-
a) Simpan 10
peratus daripada pendapatan bulanan.
b) Catatkan
segala perbelanjaan harian, termasuk bayaran yang dibuat menggunakan kad kredit.
c) Senaraikan segala hutang dan bil tertunggak. Tetapkan matlamat anda untuk
melangsaikan hutang tersebut.
d) Utamakan keperluan daripada kehendak.
e) Tetapkan azam untuk mencapai matlamat kewangan. Disiplinkan diri dan jangan
berputus asa.
f) Sediakan perlindungan kewangan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.
g) Sentiasa mengemas kini maklumat pembayaran pinjaman dengan pihak institusi
perbankan (sekiranya ada).
h) Dapatkan maklumat terkini laporan kredit melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit
Berpusat (CCRIS) di Bank Negara Malaysia dan cawangan/ pejabat wilayah
berhampiran.
Menyedari
kepentingan pendidikan dan pengurusan kewangan, FOMCAtelah mengadakan Program
Bulan Kewangan Berhemat pada bulan Oktober tahun 2011. Program ini telah
dijadikan sebagai acara tahunan.
Pada
tahun 2014, tema Bulan Kewangan Berhemat ialah 'Pendidikan Kewangan untuk
Semua'. Tema ini bertujuan untuk memberikan penekanan kepada rakyat Malaysia
bahawa pengurusan kewangan merupakan kemahiran hidup bagi semua orang.
Sepanjang
bulan ini pelbagai aktiviti dirancang antaranya latihan kewangan untuk
kanak-kanak pra sekolah, pendidikan kewangan untuk eksekutif muda, ceramah di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi, bengkel kewangan untuk komuniti
khususnya golongan belia dan wanita serta pendidikan pelaburan untuk pemimpin
masyarakat. Melalui aktiviti ini, pengguna akan diberi kesedaran agar
membangunkan dan mengekalkan tabiat kewangan yang sihat untuk kesejahteraan
kewangan mereka.
Sumber: Fomca