31
Mac 2014 / 29 Jamadil Awal 1435
Isu yang sangat memberi kesan di hati ramai orang ketika ini ialah misteri kehilangan MH370 iaitu pesawat canggih dua enjin jenis Boeing 777-200ER milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi. Hari ini hari ke-24 misteri kehilangan pesawat itu disiarkan di media massa namun masih belum menemukan jawapan sejak kehilangannya pada 8 Mac lepas.
Isu yang sangat memberi kesan di hati ramai orang ketika ini ialah misteri kehilangan MH370 iaitu pesawat canggih dua enjin jenis Boeing 777-200ER milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi. Hari ini hari ke-24 misteri kehilangan pesawat itu disiarkan di media massa namun masih belum menemukan jawapan sejak kehilangannya pada 8 Mac lepas.
Berita terbaru, Agensi Pusat Koordinasi Bersama
(JACC) akan ditubuhkan untuk menyelaras operasi di antara semua pasukan
pencarian antarabangsa dan agensi kerajaan Australia. JACC
berpusat di Pangkalan Tentera Udara Pearce di Perth. Dalam pencarian tersebut,
sembilan pesawat tentera Malaysia C-130, Cina Ilyushin IL-76, Jepun Coast Guard
G5, Australia P3 Orion, New Zealand P3 Orion, Amerika Syarikat P8 Poseido, Jepun
P3 Orion, Korea P3 Orion dan satu pesawat awam dari New Zealand akan diterbangkan
ke kawasan carian malah 11 kapal laut milik China dan tiga milik Australia turut
dikerahkan ke kawasan carian. Kapal KD Lekiu milik Malaysia dijangka akan tiba
di kawasan carian pada 3 April. Pihak berkuasa Australia memaklumkan kawasan
pencarian hingga hari ini sudah seluas 254, 000 kilometer persegi.
Kehilangan pesawat MH370 memang sangat misteri. Pencarian pesawat MH370 yang hilang oleh pakar aviasi memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan ratus juta dolar memandangkan insiden ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenyataan ini dibuat oleh seorang saintis bertaraf dunia, David Mearns menerusi temuramahnya dengan China Central Television (CCTV) pada Sabtu lepas.
Kita menghargai kerjasama antarabangsa dalam menyelesaikan isu ini. Kita turut merasai kepiluan yang menyelubungi keluarga mangsa tragedi namun sebagai orang yang beriman kita harus menerima takdir kerana kecanggihan teknologi tidak dapat menandingi kudrat dan iradat Allah SWT. Setiap kejadian yang berlaku sudah tertulis sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “ Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata. (Surah An-Naml 27:75) Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid telah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.