Powered By Blogger

Thursday, May 31, 2012

Kek Coklat Kukus Pilihan No. 1

Kalau saya diberi pilihan antara kek dan biskut, sudah pasti saya memilih kek.  Sejak kecil saya lebih suka makan kek daripada biskut tapi tidak pula bermakna saya benci biskut. Masa silih berganti selera kekadang turut bertukar. Dalam banyak-banyak jenis kek, Kek Coklat Kukus paling saya suka. Sejak tahun ni saya beralih minat kepada kek kukus.  Sebelum ini saya sering buat kek coklat bakar saja tapi masih tetap enak.  Sejak belajar Sains Rumah Tangga (sekarang ERT) di sekolah, minat saya terhadap masakan semakin memuncak tapi saya masak apa-apa yang saya dan keluarga saya suka makan. Tapi terus terang, saya tak pandai masak makanan Barat. Namum begitu, dek kerana penangan pizza dan macaroni, saya mesti belajar menyediakan hidangan ala Barat pula walaupun masakan ala Thai lebih menguasai selera kita.



Kek Coklat Kukus untuk Nurul Aida & adik-adik semasa pergi ke Sri Petaling pada 26 Februari lepas  


Haaa .. dah jumpa resipi kek kukus yang selalu saya buat.  Kek coklat kukus ni semua orang suka dari kanak-kanak hinggalah opah dan atuk.  Rasa coklat memang sedap, kan?

KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahannya:
3 biji telur gred A (guna 4 biji kalau telur saiz kecil)
1 cawan gula castor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 sudu esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh Nescafe
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 cawan air panas

Cara:
1. Gris loyang bersaiz 7 inci.
2. Pukul gula dan telur menggunakan wisk saja sehingga gula hancur.
3. Masukkan minyak dan susu pekat. Kacau rata.
4. Masukkan serbuk koko, Nescafe dan esen vanilla. Kacau hingga likat.
5. Masukkan tepung yang telah digaul rata dengan serbuk penaik.
6. Akhir sekali, masukkan air panas, kacau rata. Masukkan adunan ke dalam loyang.
7. Bakar atau kukus sehingga masak lebih kurang 1 jam pada suhu 175C.
8. Bila dah sejuk, curah coklat ganache dan hidangkan.

Topping:
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar butter
2 sudu besar fresh milk

Pilihan topping lain (sesuai untuk saiz kek di atas):
1/2 cawan serbuk koko Van Houtan
1/2 cawan susu pekat 
1 sudu besar minyak masak

Resepi Kek Coklat Kukus boleh didapati dengan melayari laman web Myresipi:  http://www.myresipi.com/top/detail/4580  atau  http://www.myresipi.com/top/detail/557  atau  laman web yang lain seperti http://www.jintanmanis.com/kek/494-kekcoklatmoistkukus  dan kalau nak buat kek coklat comel untuk budak-budak tengok laman web ini pulak  http://www.myresipi.com/top/detail/17506.

Resepi kek coklat kukus yang ini (gambar) saya tak ingat ambik resepi siapa daripada Myresipi.  Nanti la besok-besok kalau lapang, saya nak masukkan ke blog saya ni. Jika ditakdirkan saya terlupa macam mana nak buat kek ini, adalah tempat rujukan saya nanti.  Bagus juga ada blog ni, kan?





Monday, May 28, 2012

Hobi

Sesekali elok juga bertukar kepada hobi baru.  Memang perlukan kemahiran tapi minat yang penting supaya hasil menjadi seperti apa yang kita mahukan.  Jom layan hobi ini.
http://www.youtube.com/watch?v=pcul14eol9U&feature=related

Tak rugi kalau mencuba macam-macam hobi.  Yang nampak susah tu le yang sangat mencabar.  Tapi, kalau cabaran berjaya dihadapi, tentu best, kan?