Powered By Blogger

Thursday, October 27, 2011

Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme

Hari kedua seminar sebelum slot ceramah bermula.  Dari kiri: Suria, Norazlina, Noreha dan Fatimah.

Tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama Setiasuaha Politik Perdana Menteri, Dato' Haji Sahlan bin Ismail pada hari terakhir seminar.
Seminar Khas Pemantapan Profesionalisme 1Malaysia telah diadakan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, Selangor Darul Ehsan selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Oktober 2011. Seramai kira-kira 200  peserta menghadiri seminar tersebut. Mereka terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan dan Kaunselor sekolah dari daerah Batang Padang, Hilir Perak dan Kinta Selatan.
Penceramah utama ialah Dato' Hj, Sahlan Ismail, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.  Dato' Haji Sahlan dalam ceramahnya lebih berfokus kepada penjelasan kosep 1Malaysia.  Panjang lebar ceramahnya yang bersambung-sambung selama tiga hari. Sesi sebelah malam pada hari pertama dan kedua berlarutan sehingga hampir jam 12 malam. Tapi saya yang mendengarnya tidak mengantuk kerana beliau membawa pendekatan yang strategik dan menarik.  Ooohhhh... bukan mudah nak menarik perhatian 200 peserta untuk mendengar ceramah kalau ilmu, kebijaksanaan tak penuh di dada! Namun, Dato' Hj. Sahlan memiliki semua itu. Cakap Melayu, Jawa, Indonesia, Sarawak, Sabah oooohhh boleh belaka. Kena pulak la dialeknya. Hebatlah Dato'!  Cakap bukan sebarang cakap.  Setiap pernyataan ada dalil yang menyokong. Tak boleh cakap bagi kenyataan sembarangan. 

Selama tiga hari di INFRA, saya berpuas hati dengan layanan pihak penganjur termasuk makan dan penginapan. Tiga hari jadual seminar agak padat. Solat berjemaah di surau serta kuliah maghrib dan subuh bukan sekadar mengimarahkan surau tapi mempertaut ikatan persaudaraan Islam dan perpaduan ummah. Hati akan bersatu bila ada nur dan roh Islam di hati setiap insan Muslim. Sesekali beriadah dalam kumpulan yang besar memang menyeronokkan. Tontonlah video ini. Video ini menceritakan segala-galanya walaupun tidak 100 peratus aktiviti seminar terakam di sini.

Mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008), Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin

Kunci kejayaan ialah 'wisdom' (kebijaksanaan), jiwa yang besar dan 'sharpen the saw'
Dua penceramah yang lain ialah Dato' Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, mantan Menteri Luar Bandar dan Wilayah (2004-2008).  Dato' Salleh menceritakan perkembangan semasa tentang indeks jenayah di Malaysia dan segala yang berkaitan dengan isu keselamatan negara di bawah bidang kuasanya.  Tan Sri Aziz dalam bicara yang lembut sopan membawa peserta merenung kemelut dan perjuangan Melayu dari dahulu hingga sekarang dan bagi beliau 'ilmu dan kebijaksanaan' kunci utama untuk membawa negara ini ke era kemajuan.  Tugas ini terpikul di bahu pentadbir sekolah juga!

Saturday, October 22, 2011

Ketahui teknologi nano

Teknologi nano juga dikenali dalam ringkasan sebagai nanotek) merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air. Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
  • satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
  • dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
  • tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.
 Sejarah teknologi nano

Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.
Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959.
Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."
Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.
Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.
Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh.
Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam 'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain, sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam kemajuan kepada matlamat nanoteknologi.
Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki "Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak."
Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
  • risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
  • risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
  • risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Kegunaan teknologi nano
Nanoteknologi memberikan banyak penggunaan dan manfaat kepada manusia melalui perubatan, komunikasi, pembuatan dan semua aspek kehidupan masyarakat moden. Cuba anda bayangkan suatu hari nanti semua maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia mampu disimpan dalam komputer sebesar jam tangan, baju yang terkoyak bercantum sendiri dan cat rumah yang berubah warna pada masa tertentu. Alat mikroskop yang sangat kecil boleh melalui sistem darah manusia bagi mengesan punca penyakit dan melaksanakan pemulihan awal dan mampu mengesan pencemaran persekitaran dan makanan pada tahap yang lebih baik. Bahan dengan sifat luar biasa yang sangat ringan dan lebih kuat daripada keluli pula boleh digunakan untuk membuat kereta, kapal angkasa, bangunan dan ciptaan lain yang lebih baik. Sama ada kita sedar atau tidak, semua benda yang wujud di keliling kita semakin hari semakin kecil, ringan dan sukar dilihat.

Sumber:
http://www.majalahsains.com/2009/11/nanoteknologi-ilmu-yang-mengubah-kualiti-kehidupan-manusia/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nanoteknologi








  

    Individu yang tidak sesuai derma darah

    Individu yang tidak sesuai menderma darah:
    • menjalin hubungan seks rambang dengan bertukar-tukar pasangan.
    • melanggan pekerja seks (pelacur)
    • menjalin hubungan sejenis (homoseksual)
    • menjalin hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    • menyalahkan dadah secara suntikan
    • mereka yang disahkan dijangkiti hepatitis B atau C, penyakit kelamin, AIDS (HIV positif) dan penyakit sebaran darah lain
    • mereka yang mempunyai hubungan seks dengan mana-mana kumpulan di atas
    • mereka yang menghidap penyakit seperti talasemia, hemofilia, tekanan darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung.
           Sumber:  Laman web rasmi Pusat Darah Negara

    Muammar Gaddafi Killed

    On October 20th, 2011, long-time Libyan dictator Muammar Gaddafi was captured and killed while hiding in a drainage pipe in his hometown of Sirte, Libya  Muammar Gaddafi has been killed after National Transitional Council fighters overran loyalist defences in the toppled Libyan leader's hometown and final stronghold of Sirte. But questions remained on Thursday over the circumtances of Gaddafi's death as footage appeared to show he had been captured alive, following an apparent attempt to flee the besieged coastal city in a convoy which came under fire from French warplanes and a US drone aircraft.  Other footage showed Gaddafi's lifeless and bloodied body being dragged along a road.



     

    Friday, October 21, 2011

    Diet dan Jenis Darah

    AMALAN  pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi. Mengamalkan pemakanan berjadual mengikut jenis diet tertentu kini menjadi trend di kalangan masyarakat. Ada yang mengamalkannya secara melulu, sebahagian lagi menjadikan internet sebagai rujukan.  Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.  Bagaimanapun pakar pemakanan menolak dakwaan D’Adamo kerana menurut mereka BTD tidak diiktiraf secara saintifik. Mengapa berlaku percanggahan ini.

    Teori diet D'Adamo tidak diiktiraf
    DIET mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.
    TAN menunjukkan amalan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.  Ia adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat berasaskan kajian saintifik.

    Evolusi teori kumpulan darah yang digunakan D’Adamo adalah berasaskan kajian oleh William C Boyd seorang antropologi darah yang membuat kajian mengenai kumpulan darah. Dalam buku tulisan Boyd, Genetics and the races of man: An introduction of blood groups, physical anthropology diterbitkan pada 1950, Byod menerangkan bagaimana analisis genetik terhadap kumpulan darah dan bangsa seseorang itu boleh membezakan genetik. Daripada pemahaman inilah, Boyd mengagihkan populasi dunia kepada 13 bangsa.  Kemudian, D’Adamo mengagihkan pula 13 perbezaan itu bersama-sama dengan jenis darah dengan setiap jenis darah dalam 13 kumpulan itu memerlukan diet yang berbeza.

    Bagaimanapun BTD yang dirumuskan berdasarkan teori D’Adamo tidak diiktiraf secara saintifik kerana ia diandaikan mengikut teori tindak balas kimia lectin iaitu sejenis protein dalam makanan yang mana jenis darah diprogramkan secara genetik untuk menerima atau menolak.  Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.  Namun, itu hanyalah teori tanpa asas saintifik. Persoalannya, mengapa ia menjadi ikutan? Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Tan Shy Pyng berkata, untuk kurus dan kekal langsing membuatkan manusia sanggup berbuat apa saja. Malah, pelbagai formula kurus dicipta dan disebarkan secara meluas melalui media terutama internet membuatkan ramai berani mencuba.

    “Ada banyak jenis diet antaranya Diet Atkin, BTD dan banyak lagi namun ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang mengamalkan pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan.  “Mereka percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu meningkatkan pengambilan protein.

    “Tapi, menurut pandangan pakar pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat. Mungkin yang mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang terjadi tidak normal dan memudaratkan,” katanya.  Pengambilan protein berlebihan boleh menyebabkan ia berkumpul menjadi urea dan creatinine (bahan kumuh). Jumlah pengambilan protein yang banyak akan membebankan buah pinggang dan lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi organ itu.

    “Biasanya masalah berkenaan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya.  BTD juga diperkenalkan bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi ia turut disyorkan pada pesakit kanser. Secara asasnya, pesakit kanser sememangnya memerlukan protein dan kalori tapi jumlah kalori yang banyak akan menyebabkan sistem imun hilang.

    “Sebagai penyelesaian, jika seseorang ingin mengurangkan berat badan, cara yang paling betul adalah mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Perhatikan apakah punca masalah kegemukan? Faktor utama adalah makanan segera dan kurang senaman.

    “Kanak-kanak juga ramai yang mengalami masalah obesiti. Ia disebabkan tabiat mereka yang berubah, tidak aktif, malas bersenam dan memakan makanan segera,” katanya.  Tan berkata, bersenam tidak akan memberikan hasil segera seperti mengamalkan diet atau mengambil pil kurus tapi ia memerlukan tempoh dan kesungguhan. Sebagai permulaan, seseorang yang berbadan besar boleh memulakan senaman seperti jalan kaki atau joging.

    “Kami juga menggalakkan pesakit yang datang berjumpa pakar pemakanan menukar gaya hidup mereka yang kuat makan atau makan makanan tidak sihat, kurang bersenam atau masalah genetik.

    “Mereka yang aktif tapi masih gemuk biasanya disarankan mengurangkan pengambilan karbohidrat supaya apabila bersenam, tenaga yang bertukar menjadi lemak akan terbakar.

    “Selain itu, mereka juga perlu tukar cara pemakanan. Cara masakan dan kuantiti mempengaruhi. Jika sebelum ini suka masakan bersantan, selepas ini amalkan makanan sup atau tanpa santan,” katanya.

    Kata Tan, jika sebelum ini mereka yang mengalami masalah kegemukan sering putus asa untuk menjalani rawatan menguruskan badan, tapi Tan memberi jaminan bahawa genetik dan tahap metabolisme boleh bertukar.

    “Amalkan gaya hidup aktif kerana lemak yang degil lama kelamaan jika sentiasa dibakar akan menjadi tenaga dan secara perlahan-lahan akan menukar tahap metabolisme badan,” katanya.  Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, orang ramai yang ingin mencuba MTD sepatutnya membuat penyelidikan lebih lanjut dan tahu mengapa diet ini perlu diambil.  Katanya, dalam amalan pengambilan nutrisi, tidak ada bentuk pemakanan yang diambil berasaskan kumpulan darah. Diet boleh dibuat mengikut jantina, usia dan aktiviti harian tetapi bukan mengikut kumpulan darah.

    “Untuk mendapatkan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan haruslah berpandukan nutrisi pemakanan yang diperlukan. Panduan jenis pemakanan boleh dibuat mengikut saranan Kementerian Kesihatan dan Panduan Pemakanan Malaysia,” katanya.  Dr Tee berkata, mengamalkan diet mengikut jenis darah hanya akan membuatkan seseorang itu tertumpu pada jenis makanan tertentu saja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat nutrisi secukupnya dan kekurangan zat tertentu.  Keadaan ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada masalah kesihatan lebih kronik. Misalnya kekurangan asid folat, vitamin B6 atau B12 yang boleh meningkatkan tahap homocysteine (kompaun yang terhasil apabila protein makanan dipecahkan dan diproses) dalam darah.  Ada teori yang mengatakan jika tahap homocysteine meningkat, risiko terhadap masalah jantung juga tinggi.
     


    Diet untuk darah jenis A
    Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

    Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

    Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

    Diet untuk darah jenis B
    Individu darah jenis B lebih fleksibel.
    Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

    Diet golongan darah jenis AB
    Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

    Diet untuk darah jenis O
    Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.  Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

    Rujukan:

    Thursday, October 20, 2011

    Jenayah Harta Benda dan Faktor-faktornya

    Karangan A

    Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada jenayah harta benda serta faktor yang mendorong perlakuan tersebut.  Huraikan pendapat anda tentang  faktor-faktor yang mendorong seseorang itu melakukan jenayah harta benda.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Pendahuluan:
    Jenayah merupakan perbuatan melanggar undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa – jenayah harta benda melibatkan aktiviti mencuri dan pecah rumah, curi kenderaan serta ragut – seseorang itu melakukan jenayah harta benda disebabkan oleh beberapa faktor.

    Cadangan isi:
    1.  Berlaku akibat kesempitan hidup – kemiskinan yang dihadapi oleh seseorang mendorongnya melakukan kegiatan jenayah sebagai jalan yang mudah untuk mendapatkan wang.
    2.  Sikap orang ramai yang cuai, leka dan tidak berhati-hati – tidak mengunci rumah dan kenderaan dengan baik, meninggalkan rumah dan kenderaan dalam jangka masa yang panjang dan memakai barang kemas dengan ketara.
    3.  Kurang didikan agama – mereka mudah terpengaruh oleh pujukan rakan-rakan – mengaburi mata dengan wang dan kemewahan yang bakal dikecap hasil daripada perbuatan jenayah.

    Penutup
    Segala usaha pihak polis dalam membanteras jenayah harta benda tidak akan berkesan jika tidak mendapat kerjasama daripada masyarakat – faktor-faktor yang mendorong seseorang melakukan jenayah tersebut perlu dihapuskan agar kadar jenayah harta benda dapat dikurangkan.

    Peringatan kepada calon:
    Calon perlu memahami maksud jenayah harta benda dan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan jenayah harta benda.