LATAR BELAKANG TEORI ALFRED ADLER
Afred
Adler mengemukakan beberapa perkara penting yang terdapat dalam teori
personaliti Freud. Antaranya mimpi dan pengalaman kanak-kanak mempengaruhi
tingkah laku seorang dewasa. Sistem personaliti merupakan sistem yang
berkembang serta pernyataan luaran berkait dengan masalah-masalah yang
terpendam di alam bawah sedar.
Manusia
sebagai makhluk sosial berkeinginan untuk berhubungan dengan ahli masyarakat
yang lain untuk memperolehi matlamat tertentu. Keinginan tersebut bukan
semata-mata didorong oleh keperluan ataupun desakan seks semata-mata. Keinginan
tersebut menampilkan seseorang itu sebagai individu yang berbeza dengan orang
lain atau unik. Bagi Adler, tujuan utama seseorang itu bertingkah laku adalah
untuk memperoleh rasa selamat dan mengatasi masalah inferioriti.
Pusat
personaliti seseorang itu berasal dari alam sedar. Apabala menyedari dengan
jelas, seseorang itu akan mengarahkan dirinya untuk bertingkah laku. Antara
usaha untuk mengatasi masalah rendah diri ialah dengan mendorong diri ke arah
kreativiti. Usaha yang ditunjukkan ini memberi tafsiran kepada kita bahawa
manusia bukanlah suatu makhluk yang pasif ataupun menyerah kepada nasib
semata-mata seperti yang diterapkan dalam teori personaliti Freud.
Perkembangan
personaliti berpusat kepada aspek-aspek dalaman individu. Kelebihan yang
terdapat dalam aspek ini ialah kendiri kreatif yang berfungsi untuk mentafsir
semua pengalaman yang dipunyai oleh individu. Apabila dibandingkan dengan teori
personaliti yang dikemukakan oleh Freud, teori personaliti yang dikemukakan
oleh Adler tidak mengandungi sebarang konsep yang agak kontroversial.
Matlamat teori
ini agak jelas untuk menggalakkan perkembangan individu, keluarga dan
masyarakat ke arah kehidupan demokrasi yang berlandaskan kerjasama dan
persamaan sosial. Pendekatan ini mengimbangkan keperluan individu secara optima
dan tanggung jawab sosial kepada masyarakat. Oleh itu, teori personaliti yang
dikemukakan oleh Adler merupakan teori personaliti yang pertama menyentuh aspek
kesihatan mental.
KONSEP-KONSEP
ASAS TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER
Terdapat
enam konsep utama dalam teori personality Alfred Adler iaitu :
I.
Kendiri
kreatif
II.
Gaya hidup
III.
Minat
sosial
IV.
Perasaan
Inferio dan pampasan
V.
Superioriti
VI.
Fictional
Finalism
Kendiri Kreatif
Penemuan
Alfred Adler adalah sangat besar dalam bidang psikologi. Kemuncak huraiannya
ialah Teori Personaliti iaitu kendiri kreatif yang dipunyai oleh setiap manusia
yang normal. Kendiri kreatif menjadikan seseoarang mempunyai personaliti yang
teragung dan ia juga merupakan pengantara di antara ransangan dan gerak balas. Perantara
kendiri kreatif boleh diaktifkan seoptima yang mungkin. Kendiri kreatif
mewarnai seluruh kehidupan seseorang individu serta ia juga menjadi penentu
utama masa depan kepada seseorang individu dalam usahanya untuk mencapai
sesuatu yang dihajatinya.
Matlamat utama kehidupan seseorang
individu ialah nirwana kendiri ataupun kesempurnaan. Seserang individu akan
berusaha untuk mencapai cita-cita melalui tingkah laku yang spesifik. Setiap
individu mempunyai perwatakan, perangai dan tabiat spesifik yang berbeza. Perbezaan
ini digelar sebagai gaya
hidup. Untuk memahami perbezaan gaya
hidup ia hendaklah dirujuk kembali kepada konsep inferioriti dan keseimbangan. Contohnya
bayi mengalami inferioriti dengan memberi perangsang untuk menjadi seorang yang
ringan tulang dan tidak bergantung kepada orang lain. Bagi memperolehi
keseimbangan tersebut, seseorang kanak-kanak memerlukan satu set tingkah laku.
Set tingkah laku terbentuk dengan
memberi keseimbangan terhadap inferioriti yang dialami. Aktiviti ataupun
kegiatan yang dilakukan dikenali sebagai pasti ataupun dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang. Gaya hidup juga boleh
dipelajari daripada interaksi sosial pada masa kanak-kanak. Gaya hidup terbentuk dengan nyata dan kekal
pada masa kanak-kanak berumur empat ataupun lima tahun. Gaya hidup yang terbentuk ini amat sukar
untuk diubah.
Interaksi sosial sangat penting
dilalui oleh kanak-kanak ialah interaksi penghubung kanak-kanak, ibu bapa dan
urutan kelahiran. Contonya ialah kealpaan ibu bapa gagal memberikan masa
secukupnya kepada anak-anak akan membentuk inferioriti dalam diri kanak-kanak
tersebut. Kesannya kanak-kanak sukar meniru dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat sekeliling. Kanak-kanak tersebut juga mudah mempunyai perasaan balas
dendam dan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain dan merasakan apa yang
difikirkan bersesuaian dengan perkara-perkara yang dilakukannya.
Dalam konteks ini, Adler telah
menganggapn manusia sebagai deterministik iaitu bersamaan dengan anggapan
Sigmund Freud. Namun begitu menurut Adler manusia bukanlah mangsa yang
sepenuhnya interaksi ataupun ransangan yang diwujudkan semasa interaksi
sosial. Beliau juga mengaitkan tanggapan ini dengan konseo-konsep kendiri
kreatif.
Minat Sosial
Konsep
merujuk kepada potensi dalaman individu untuk bekerjasama dengan orang lain
bagi mencapai matlamat peribadi dan masyarakat (Ansbacher dan Ausbacher,1956). Adler
mempercayai hidup bersama orang lain ataupun bermasyarakat merupakan perkara
utama yang harus dicapai dalam kehidupan.
Tahap penyesuaian sosial merupakan
sebahagian gaya
hidup seseoarang mempengaruhi cara-cara kita untuk menyelesaikan masalah
kehidupan. Menurut Adler, seseorang lebih dipengaruhi unsur sosial berbanding
dengan unsur-unsur biologi. Potensi minat sosial terdapat dalam diri setiap
individu. Untuk membangkitkan dan melebarkan minat sosial yang sedia ada dalam
diri individu ia bergantung kepada pengalaman sosial semasa kana-kanak.
Awal kehidupan manusia tidak hidup
bersendirian. Seseorang manusia mempunyai keluarga, uak ataupun kaum dan yang
seterunya ialah negeri ataupun negara. Ahli komuniti bergantung kepada
ahli-ahli yang lain bagi tujuan keselamatan dan kehidupan. Tujuan tersebut
menuntut seseorang individu supaya memberi kerjasama dan membenarkan individu
mengamalkan minat sosial yang dipunyai untuk menerima dan mencapai matlamat
diri dan komuniti.
Adler telah menegaskan bahawa perlunya
dipupuk hubungan yang baik antara si ibu dengan si anak yang baru dilahirkan.
Begiti juga dengan hubungan yang konstruktif mengenai kanak-kanak dengan ahli
keluarga dan guru-guru ataupun penjaganya. bu adalah orang yang pertama
berhubung dengan bayi dan boleh mempengaruhi serta mempertingkatkan minat
sosial ataupun merencatkan minat tersebut. Walaubagaimanapun, proses ini
bergantung kepada cara bayi menginterprestasikan tingkah laku ibu mereka. Kaedah
ini mengingatkan kita kepada konsep kendiri kreatif yang kita huraikan.
Perasaan Inferior dan
Pampasan
Inferioriti merupakan salah satu
istilah psikologi yang berasal daripada kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh
Alfred Adler untuk mendalami aspek personaliti manusia. Adler percaya bahawa
perasaan inferioriti sentiasa wujud dan memberi motivasi kepada perkembangan
personaliti manusia. Inferioriti merupakan perkara umum yang berlaku di kalangan
manusia yang tidak menunjukkan tanda kelemahan dan abnormal kepada seseorang
individu. Perasaan inferioriti juga merupakan sumber kepada perjuangan manusia
dan mewarnakan keseluruhan tingkah laku individu. Perkembangan individu
merupakan hasil daripada usaha kita untuk mengimbangi perasaan inferioriti.
Proses inferioriti bermula sejak bayi
lagi. Bayi kecil ( fizikalnya ) adalah bergantung sepenuhnya kepada orang
dewasa khususnya ibu bapa mereka. Seorang bayi mula menyedari kekuatan yang
dipunyai oleh penjaga mereka di samping kelemahan yang menghantui dirinya. Adalah
sukar bagi seorang bayi untuk mencabar sumber kekuasaan orang dewasa. Kesannya,
seseorang bayi mula mengembangkan perasaan inferioriti yang relatifnya
bergantung kepada kekuatan orang dewasa yang ada disekelilingnya.
Pengalaman ini dilalui oleh setiap individu yang tidak boleh diwarisi secara genetik. Pengalaman ini adalah hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Inferioriti bukan sahaja merupakan jalan keluar daripada tekanan yang dihadapi oleh bayi tetapi juga merupakan satu bekalan semangat untuk berjuang dan berkembang di kemudian hari .
Pengalaman ini dilalui oleh setiap individu yang tidak boleh diwarisi secara genetik. Pengalaman ini adalah hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Inferioriti bukan sahaja merupakan jalan keluar daripada tekanan yang dihadapi oleh bayi tetapi juga merupakan satu bekalan semangat untuk berjuang dan berkembang di kemudian hari .
Kadang kala proses inferioriti tidak
berlaku dengan begitu mudah seperti yang diterangkan. Terdapat beberapa masalah
bagi seseorang bayi yang tidak berjaya mengimbangi masalah inferioriti tentang
dirinya sendiri. Kegagalan untun mengimbangi perasaan inferioriti menghasilkan
inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks merupakan seseorang yang mempunyai
pandangan yang sempit terhadap dirinya sendiri dan sukar untuk menyahut cabaran
kehidupan, tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Menurut
Adler, inferioriti kompleks bermula melalui tiga cara :
a. Inferioriti
Organik
Disebabkan
oleh kekurangan yang terdapat pada struktur fizikal seseorang yang mengalami
kecacatan. Biasanya individu yang mengalami kecacatan fizikal akan
bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa kecacatan fizikal bukanlah penyebab
kepada kegagalan termasuklah mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, aktivis
masyarakat ataupun penghibur .
b. Kemanjaan
ataupun tabiat buruk
Kanak-kanak mempunyai tabiat buruk
ataupun kemanjaan yang dikatakan menjadi pusat perhatian di rumah. Semua
kehendak mereka diikuti oleh orang dewasa, hanya sedikit sahaja kehendak yang
tidak dilayan. Akibatnya golongan ini merasakan mereka merupakan individu
penting dalam sebarang situasi.
Mereka beranggapan bahawa orang lain
yang ada di sekeliling mereka memberi perhatian yang sepenuhnya kepada mereka.
Masalah inferioriti kompleks mula timbul di sekolah ( mungkin pada hari pertama
persekolahan ). Apabila kanak-kanak tersebut tidak lagi menjadi pusat perhatian
utama seperti di rumah, situasi ini merupakan suatu kejutan yang tidak
disangkakan oleh kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tersebut tidak
bersedia lagi untuk menerima keadaan ini.
Kanak-kanak yang mempunyai tabiat
buruk ataupun kemanjaan seperti mempunyai perasaan sosial yang minima.
Kanak-kanak tidak sabar dalam menghadapi sesuatu masalah ataupun desakan apabila
berinteraksi dengan orang lain. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu belajar
untuk bersabar bagi mendapatkan sesuatu yang mereka mahu.
Kanak-kanak yang tidak belajar cara
menghadapi dan menyelesaikan masalah ataupun menyesuaikan diri dengan kehendak
orang lain lain. Apabila berhadapan dengan suasana ini, dalam konteks
penghargaan diri kanak-kanak mempunyai sifat kemanjaan atau tabiat buruk yang
merasakan mereka mempunyai beberapa bentuk kekurangan diri yang menyebabkan
mereka seperti terbuang apabila berhadapan dengan masyarakat. Kesannya
inferioriti kompleks akan terbentuk.
c. Kanak-kanak yang tidak diterima
Kanak-kanak
yang tidak diterima atau dilupakan kehadiran mereka akan mudah membentuk
inferioriti kompleks dalam diri mereka. Kehidupan semasa bayi dan kanak-kanak
diwatakkan oleh kekurangan kasih sayang dan keselamatan kerana ibu bapa kerana
ibu bapa tidak memainkan peranan yang sepenuhnya. Akhirnya kanak-kanak
tersebut akan merasakan dirinya tidak
berguna, pemarah dan tidak mempercayai kepada sesiapa.
Alfred Adler tidak meninggalkan hujah beliau mengenai inferioriti
kompleks begitu sahaja. Sebaliknya, beliau mengemukakan konsep superioriti kompleks. Konsep ini merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengendalikan
dirinya sama ada dalam bentuk dalaman ataupun luaran .
Superioriti
Konsep asas adalah dikatakan sangat
penting dalam teori personaliti yang dikemukakan oleh Alfred Adler. Superioriti
ini merupakan hala tuju atau cita-cita yang hendak dicapai dalam kehidupan
kita. Ianya bukan bermaksud satu usaha yang menandingi orang lain dan ianya
tidak merujuk ataupun menunjukkan perkaitan lansung dengan konsep superiority
kompleks. Superioriti bukannya memberi implikasi seseorang itu berusaha untuk
mendominasikan orang lain dari segi idea ataupun kebolehan yang bertujuan
menonojolkan diri. Jadi, apakah yang dimaksudkan oleh Adler mengenai istilah
superioriti tersebut ?
Menurut Adler, istilah superioriti
ataupun kesempurnaan berasal daripada istilah Latin yang bermaksud ‘lengkap’
ataupun ‘selesai’. Jadi, beruasaha ke arah kesempurnaan bermaksud berikhtiar
untuk melengkapkan diri secara keseluruhannya. Tujuan kehidupan manusia dalam
mengejar dan mencapai keseluruhan potensi diri dan melengkapkan diri kita
dengan potensi-potensi tersebut.
Tujuan murni ini mengorientasikan
sikap dan tingkah laku ke arah masa depan. Harapan kita pada masa hadapan ialah
memotivasikan manusia. Hanya cita-cita manusia untuk mencapai superioriti ataupun kesempurnaan mampu dan berupaya menerangkan dengan lebih panjang lebar
mengenai tingkah laku dan sikap seseorang. Bertentangan dengan huraian oleh
Sigmund Freud telah menegaskan tingkah laku dan sikap manusia dipengaruhi dan
ditentukan masa yang lalu. Masa yang yang dimaksudkan ialah pengalaman pada
zaman kanak-kanak.
Fictional Finalism
Alfred
Adler telah menghuraikan dengan lebih mendalam konsep superioriti ataupun
kesempurnaan. Ia telah memperkenalkan istilah dan konsep Fictional Finalism.
Tujuannya ialah ingin mencapai bentuk-bentuk potensi bukannya sesuatu yang
realiti dan dipercayai sepenuhnya. Hala tuju merupakan bayangan semata-mata dan
ianya sukar bagi diri kita ataupun orang lain yang mengujinya. Hala tuju
bersifat subjektif iaitu kehidupan manusia berpaksikan idea-idea yang terdapat
dalam fictional finalism.
Manusia pada asasnya membina dan
mengikuti idea-idea tersebut. Kepercayaan kepada cita-cita sebegini bukan
sahaja mempengaruhi diri sendiri tetapi orang lain. Umpamanya seseorang manusia
mempercayai ada syurga, oleh itu mereka bertindak dan bertingkah laku serta
berfikir kearah idea dan kepercayaan tersebut.
Menurut Alfred Adler, kepercayaan
kewujudan syurga bukanlah sesuatu yang realiti. Namun begitu, bagi mereka
kepercayaan tersebut merupakan sesuatu perkara yang pasti dan tidak dapat dapat
dipertikaikan. Kehidupan manusia yang sebenar dilingkungi oleh tujuan-tujuan
dan kepercayaan yang mempunyai ciri-ciri fiksyen. Fiksyen yang utama ialah
dominan dalam diri seseorang individu. Konsep atau pun fiksyen mengenai
ketuhanan merupakan contoh utama yang dipegang oleh Alfrd Adler dalam
menghuraikan konsep fictional finalism.
PUNCA MASALAH MENURUT AFRED ADLER
Adler tidak mengganggap seseorang
individu (klien) bermasalah apatah lagi sakit mental tetapi
i) Kekurangan galakan dan matlamat tentang
cara mendapat kesejahteraan hidup
Seseorang individu akan mengalami
masalah dalam hidupnya apabila dia tidak dapat menentukan cara dan kaedah
tertentu sebagai panduan untuk mencapai kesejahteraan hidupnya. Oleh itu,
individu tersebut amat memerlukan segala unsur yang boleh menggalakkan bagi
mengubahsuaikan persepsi yang silap terhadap pandangan gaya hidupnya. Seterusnya dapat menguntungkan
dirinya dalam masyarakat bagi memupuk minat sosial.
ii) Wujud matlamat yang salah dalam diri
individu
Matlamat yang salah dalam diri
individu perlu diterokai bagi mengenalpasti segala andaian yang tersilap
terhadap dirinya. Ini kerana andaian-andaian yang salah menyebabkan individu
salah meletak matlamat dan boleh merosakkan dirinya. Oleh itu, ia memerlukan
kepada pendidikan, tunjuk ajar, maklumat dan galakan agar perasaan rendah diri
diperbetulkan.
iii) Perasaan rendah diri yang keterlaluan
di samping
masyarakat
Menurut Adler, perasaan itu wujud
sejak kecil lagi kerana seseorang individu lahir dalam serba kekurangan
dibandingkan dengan orang di sekitarnya. Namun, seseorang individu sentiasa
bergerak ke arah sesuatu matlamat tertentu untuk mencapai keunggulan diri. Apa
yang dimaksudkan dengan keunggulan diri bukan semata-mata untuk kepentingan
diri tetapi bahkan sentiasa bergerak untuk mendapatkan perasaan kekitaan
dengan mesyarakat.
PROSES YANG DILALUI
Terdapat beberapa peringkat proses
yang perlu dilalui semasa sesi kaunseling. Antaranya ialah :
ü Menggalakkan
minat sosial.
ü Menolong
klien mengatasi perasaan rendah diri.
ü Mengubah
pandangan dan matlamat klien atau mengubah cara hidup sebelumnya.
ü Mengubah
dorongan yang salah.
ü Membantu
dan menolong klien merasakan dirinya sama dengan orang lain.
ü Menolong
klien menyumbang kepada masyarakat.
Menurut Adler,
proses terapi ini mirip kepada penerokaan matlamat salah yang wujud dalam diri
klien itu sendiri, di samping mengenal pasti semua andaian yang tersilap yang
wujud. Proses terapi dalam keadaan ini menumpukan kepada beberapa unsur yang
penting iaitu:
a.
Pendidikan
b.
Tunjuk ajar
c.
Memberi matlamat dan
d.
Memberi galakan kepada klien yang berasa rendah diri
Selain itu, proses terapi ini juga bertujuan untuk mewujudkan gaya
hidup yang lebih sejahtera iaitu dengan menggalakkan klien supaya dapat hidup
dalam keadaan yang setaraf dengan ahli keluarga yang lain. Sehubungan dengqn itu juga, proses terapi ini memberi perhatian kepada
beberapa aspek yang dianggap penting dalam usaha kita untuk memulihkan diri
seorang klien. Antara aspek yang diangap penting itu ialah:
a.
Perhubungan – perlu wujud perhubungan yang mesra antara
kaunselor dengan klien agar segala permasalahan yang dialami oleh klien dapat
diselesaikan dengan baik.
b.
Analisis – iaitu kaunselor mengenal pasti sejauh mana
diri klien dipengaruhi oleh gaya hidupnya.
c.
Wawasan – mentafsir perkara yang diluahkan bagi mewujudkan
wawasan pada diri klien.
d.
Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada
tindakan yang bernas untuk klien.
MATLAMAT TERAPI DAN KAUNSELING MENURUT
ALFRED ADLER
1. Mengatasi Perasaan Rendah Diri
Perasaan rendah diri akan mendorong
individu untuk lebih berusaha mengatasinya bagi mencapai rasa superioriti dan
kesempurnaan. Ia menumpukan perhatiannya kepada inferioriti anggota. Selain itu, ia juga telah memasukkan perasaan inferior yang muncul lantaran
psikologi, sosial dan fizikal ke dalam konsep inferioriti ini.
2. Berusaha Kearah Superioriti
Alfred
berpendapat manusia agresif semasa bertindak untuk mencapai matlamat hidupnya.
Adler telah mengesyorkan konsep berusaha untuk mencapai kedudukan yang tertinggi
bagi menjadi pemimpin dan sebagainya.
3. Mendidik Klien Untuk Bersosial
Minat bersosial perlu dipupuk dalam
diri seseoarang klien sejak lahir lagi. Minat untuk bermasyarakat ini wujud
bukan sahaja sekadar untuk memenuhi hasrat untuk bermasyarakat.
4. Membantu Klien Untuk Berfikir Dengan Matang Dan
berkualiti
Berfikiran
matang dapat menjadikan komponen personaliti yang teragung bagi seseorang
klien. Berfikiran matang dan berkualiti ini terdapat di antara ransangan yang
bertindak balas ke atas individu (organisma ) dan gerak balas yang dilakukannya.
5. Gaya Hidup
Setiap individu akan berusaha ke arah
memaksimakan potensi atau keupayaannya, bakatnya dan sebagainya yang ada pada
diri seseorang klien.Tidak ada seoarang pun individu yang akan mempunyai gaya hidup
yang sama dengan orang lain. Kaunselor juga akan membantu seseorang klien untuk
mewujudkan gaya hidup yang lebih sejahtera.
6. Menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan
yang setaraf dengan ahli lain dalam masyarakatnya
· Perhubungan – mewujudkan perhubungan yang mesra antara
kaunselor dengan klien.
· Analisis – mengenal pasti sejauhmana klien dipengaruhi
oleh gaya hidup serta matlamat hidupnya.
· Wawasan – mentafsir wawasan yang diluahkan bagi
mewujudkan wawasan.
· Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada
tindakan yang bernas untuk klien.
7. Mewujudkan perhubungan melalui empati.
8. Membantu klien untuk memahami
kepercayaannya, motivasinya dan matlamat yang telah menentukan gaya hidupnya.
9. Meneroka dan mentafsir huraian serta laporan yang
diberikan oleh klien agar klien ‘ celik akal’.
10. Klien memahami dan menyedari sebab-sebab mengapa
matlamatnya tida kena, mengapa tingakah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya
hidunya tidak wajar.
KESIMPULAN
Afred
Adler atau teorinya yang lebih dikenali sebagai ‘Adlerian’ membawa beberapa
konsep yang jelas berbeza dengan aliran Freudian. Beliau memberikan fokus utama
terhadap keunikan seseorang individu. Beliau membentangkan kepada pengaruh
kesedaran dan realiti yang membentuk personaliti manusia. Manusia juga dipengruhi
oleh faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi
terutamanya pada zaman kanak-kanak dahulu.
Sebaliknya,
perasaan inferioriti merupakan sumber kepada kehidupan dan perjuangan manusia.
Perasaan tersebut harus diseimbangkan. Perasaan tersebut adalah akibat daripada sikap tidak mahu menolong dan
pergantungan semasa seseorang itu masih kanak-kanak. Kehidupan seseorang
individu berlandaskan kepada matlamat yang tertentu. Beliau menamakan matlamat
sebagai ‘Superioriti’ ataupun kesempurnaan.
Manakala
‘Fictional Finalism’ merujuk kepada idea-idea yang berbentuk fiksyen yang
terdapat dalam cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang iaitu kesempurnaan.
Begitulah seterusnya idea beliau berkenaan ‘gaya hidup’ yang mana ia akan dipengaruhi
oleh oder kelahiran.
Amir Awang (1987) “Teori dan Amalan Psikoterapi”. Penerbitan Universiti Sains
Malaysia. Pulau Pinang
Gerald Corey ( ). “Theory and Pracytive of
Counseling and Psychotherapy.
Shahabuddin
Hashim & Dr. Rohizani Yaakub (2002). “Teori Personaliti Dari Perseptif
Islam, Timur & Barat. PTS Publication & Discributors Sdn. Bhd. Pahang
WWW. Yahoo. Com, “Teori Personaliti
Afred Adler” Page 1, No 2